19 November 2012

Palestine Oh Palestine

Hanya doa yang mampu Qasehsuci beri setelah melihat kesengsaraan rakyat muslim Palestine...adilkah mereka diserang sebegitu rupa kerna mereka tidak berdaya, tiada senjata canggih tiada apa-apa untuk mereka pertahankan diri. cuma tulang empat kerat yang dianugerahkan oleh Allah swt. berhati perutkah Israel menyerang negara yang serba kekurangan..itupun disebabkan penindasan oleh Israel sendiri keatas Palestine setelah berkurun lama..walaupun bukan seagama, sebangsa tapi sanggupkah mereka melihat insan-insan yang tidak berdosa terutamanya kanak-kanak cedera,kehilangan ibu bapa..sanggupkah mereka??? tiadakah belas kasihan dan simpati? Israel memang zalim dan memang tak tahu malu...sudahlah merampas hak rakyat Palestine, tanah Palestine dibuat seperti tanah air sendiri...tak cukupkah lagi? Sekarang menambahkan kesengsaraan mereka dengan menyerang bertubi-tubi...wajarkah???


Berita perang Israel Gaza Palestin 19 November 2012
Israel ancam tingkatkan serangan. Pihak Israel mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza, biarpun usaha gencatan senjata giat dijalankan bagi menghentikan serangan yang memasuki hari kelima semalam
mangsa perang israel gaza nov 2012 berita perang israel gaza palestin 19 november 2012
Seorang lelaki Palestin membawa mayat kanak-kanak keluar dari runtuhan selepas peluru berpandu Israel melanda sebuah rumah keluarga yang membunuh sekurang-kurangnya tujuh ahli keluarga yang sama di Bandar Gaza semalam
Bedilan tentera Israel telah meragut enam lagi nyawa yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak dan seorang bayi berusia 18 bulan
Angka korban terbaharu itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 52 orang
kemusnahan perang israel gaza nov 2012 berita perang israel gaza palestin 19 november 2012
Serangan Udara dari tentera Yahudi

Serangan udara yang dilakukan turut menggegarkan dua pusat media di bandar ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang wartawan cedera dan salah seorang kehilangan kaki, kata jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP

kanak kanak cedera perang israel palestin 2012 berita perang israel gaza palestin 19 november 2012
Seorang budak lelaki Palestin yang cedera menerima rawatan di hospital selepas cedera dalam serangan udara Israel

Sementara stesen televisyen Rusia, RT memberitahu pejabatnya di Genting Gaza musnah dalam serangan yang dilakukan semalam. Namun semua kakitangannya selamat
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, William Hague memberi amaran, tindakan Israel menceroboh Genting Gaza akan menyebabkan simpati dan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap Israel hilang

kemusnahan perang israel gaza nov 2012 2 berita perang israel gaza palestin 19 november 2012
Serangan: Letupan di Semenanjung Gaza terus untuk hari kelima berturut-turut, mencederakan dan membunuh lebih ramai rakyat Palestin

Hague memberitahu stesen televisyen Sky News, korban orang awam akan meningkat jika serangan darat dilakukan dan ia hanya memanjangkan tempoh konflik
Komen beliau hadir selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan tentera daratnya bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamas

tentera israel 2 berita perang israel gaza palestin 19 november 2012
Berhampiran sempadan: Sekitar 16,000 Pasukan simpanan Israel telah dipanggil dan tentera rizab semasa kuota yang ditetapkan untuk serangan Gaza adalah 75.000

Di Tel Aviv, bunyi siren terus kedengaran bagi memberi amaran kepada pejalan kaki dan pemandu kereta supaya mendapatkan perlindungan daripada serangan yang dilakukan oleh pejuang Hamas
Tujuh buah roket telah dilancarkan ke arah Tel Aviv sejak Khamis lalu. Tiga daripadanya meletup di laut, tiga lagi dipintas oleh sistem perisai Iron Dome dan satu lagi mengenai kawasan lapang – Agensi


sumber: klik sini

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena