25 January 2012

Hernia@angin pasang

Macam tak percaya je hari ni saya dapat tahu yang angin pasang ataupun bahasa saintifiknya hernia boleh terjadi pada golongan wanita. Perkara ni tak pelik cuma jarang-jarang berlaku. Oleh kerana saya mempunyai anak perempuan so saya tak pernah ambil tahu pun pasal angin pasang ni sehinggalah hari ni doc kata anak saya ada simptom hernia barulah google penyakit ni.

Hernia atau angin pasang ni berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada. Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia/hernia sac. Ia dikenali dengan angin pasang surut kerana sifat bonjolan itu dapat dilihat dan ada masa tidak. Sifat ini dalam bahasa perubatan dikenali sebagai 'reducible'.

Untuk lebih info mengenai penyakit ni,baca artikel di bawah:-

Jenis-jenis Hernia
Hernia akibat bonjolan bila mana kandungan bonjolan terkeluar melalui jalan yang pernah dilalui oleh testes (buah pelir) semasa perkembangan di peringkat janin dahulu. ( Ketika peringkat awal janin, buah pelir berada di dalam abdomen dan semasa perkembangan, ia turun ke bawah sehingga masuk ke dalam buah zakar). Jalan ini biasanya tertutup sebelum bayi lahir tetapi boleh menjadi tempat berlakunya hernia kemudian hari. Hernia ini boleh berlaku di semua peringkat umur. Kadangkala kantung hernia boleh membonjol sehingga ke dalam buah zakar.
Hernia ini berlaku pada kawasan di mana dinding abdomen agak kurang tebal. Ia biasanya tidak menonjol ke dalam skrotum. Tidak seperti hernia tidak langsung yang boleh berlaku di semua peringkat umur, Hernia langsung ini cenderung berlaku kepada mereka yang berada di peringkat pertengahan umur dan orang tua disebabkan dinding abdomen menjadi semakin lemah bila meningkat umur.
  • Inguinal hernia: Berlaku di bahagian kelangkang. Tujuh puluh lima peratus hernia adalah dari jenis ini. Ia 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Hernia jenis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu langsung dan tidak langsung. Keduanya dibezakan melalui sedikit perbezaan berdasarkan kepada punca kejadian mereka. Kedua-duanya boleh kelihatan serupa semasa membonjol di kawasan kelangkang. Membezakan antara keduanya adalah amat penting semasa membuat diagnosa klinikal.
    1. Hernia kelangkang tidak langsung:
    2. Hernia kelangkang langsung:
  • Hernia femoral: Saluran femoral adalah jalan di mana salur darah arteri, vena dan saraf femoral keluar daripada abdomen untuk memasuki kawasan peha. Biasanya saluran ini ketat dan padat, tetapi kadangkala ia menjadi besar untuk membolehkan kandungan abdomen menonjol ke dalam saluran tersebut. Hernia femoral menyebabkan bonjolan di bahagian bawah lipatan kelangkang, di kawasan tengah peha. Biasanya berlaku kepada wanita dan lebih berisiko untuk tidak bersifat pasang surut/irreducible dimana ia tidak boleh ditolak masuk.
  • Hernia hirisan : Pembedahan abdomen boleh mengakibatkan dinding abdomen berubah dari segi struktur terutama di bahagian yang dihiris. Ia menyebabkan kawasan bekas hirisan ini menjadi lemah. Hernia boleh terjadi pada bahagian yang lemah ini. Ia berlaku dalam 2%-10% pembedahan abdomen.
Penyebab Hernia
Hernia yang berlaku di kalangan warga tua samada disebabkan oleh adanya jalan yang terbentuk semasa perkembangan fetus, bukaan sedia ada di dalam ruang abdomen atau kawasan dinding abdomen lemah oleh sebab sesuatu keadaan.
  • Apa jua keadaan yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam ruang abdomen boleh menyumbang kepada pembentukan hernia atau menerukkan lagi hernia. Contoh termasuk:
  1. Obesiti,
  2. Mengangkat objek berat,
  3. Batuk,
  4. Meneran semasa buang air besar atau kecil,
  5. Penyakit paru-paru kronik dan,
  6. Ada cecair di dalam ruang abdomen.
Gejala, tanda-tanda dan komplikasi hernia
Gejala dan tanda-tanda hernia adalah berbagai-bagai. Ia boleh jadi ringan iaitu seseorang mengadu menghidapi bonjolan yang tidak sakit yang timbul apabila berdiri atau batuk atau meneran dan masuk balik bila berbaring atau ditolak masuk dengan tangan. Ada yang datang dengan gejala dan tanda-tanda yang teruk seperti bonjolan yang sakit, tidak boleh disentuh apa lagi ditekan masuk balik ke dalam ruang abdomen, kulit luar mungkin kelihatan merah kehitaman dan pesakit mungkin demam. Ini adalah akibat kandungan bonjolan seperti usus telah mengalami kekurangan bekalan darah akibat himpitan (jerutan) salur darah biasanya di lubang bukaan hernia. Ia dikenali sebagai Hernia jerutan/strangulated hernia.
  • Hernia pasang surut
    1. Ia boleh muncul sebagai bonjolan baru di bahagian kelangkang atau kawasan abdomen lain.
    2. Seorang boleh rasa sakit /senak sedikit tetapi biasanya sentuhan pada bonjolan tidak menyebabkan rasa sakit.
    3. Bonjolan akan timbul atau bertambah saiz bila berdiri atau bila tekanan dalam abdomen bertambah (seperti batuk).
    4. Ia boleh ditolak masuk semula ke dalam abdomen (reducible).
  • Hernia tidak surut
    1. Ia boleh merupakan bonjolan besar yang mungkin sakit yang sebelum ini ada pasang surut, kemudiannya menjadi tidak boleh masuk semula ke dalam abdomen dengan sendiri atau bila ditolak masuk dengan tangan.
    2. Sebahagiannya mungkin kronik iaitu telah berlaku untuk satu jangkamasa yang lama tetapi oleh kerana tidak sakit pesakit tidak mendapatkan rawatan.
    3. Ia boleh menjadi strangulated hernia.
  • Hernia jerutan
    1. Hernia ini biasanya bermula sebagai hernia tidak surut yang kemudiannya mengalami jerutan pada bukaan hernia menyebabkan himpitan pada salur darah seterusnya mengakibatkan usus yang terperangkap dalam bonjolan tidak mendapat bekalan darah.
    2. Biasanya pesakit mengadu sakit terutama apabila bonjolan ditekan. Boleh ada tanda-tanda usus tersumbat seperti loya, muntah dan perut menjadi kembung.
    3. Pesakit boleh ada demam dan biasanya kelihatan tenat.
    4. Rawatan kecemasan dan pembedahan segera perlu dilakukan.
Rawatan
Penjagaan di Rumah
Secara umum semua jenis hernia perlu dibedah kecuali seseorang pesakit tidak boleh menjalani pembedahan atas sebab-sebab kesihatan yang lain.
Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti batuk, angkat objek berat atau meneran yang boleh menyebabkan hernia menjadi lebih besar. Seseorang yang batuk perlu mendapatkan rawatan. Seseorang yang meneran semasa buang air besar atau kecil perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui puncanya. Ia mungkin disebabkan masalah sembelit atau masalah kelenjar prostate besar/benign prostatic hyperplasia yang perlu dirawat.
Rawatan Perubatan
Bergantung kepada samada ia boleh surutatau tidak boleh surut dan kemungkinan terjerut.
  • Hernia boleh surut
    1. Secara umum, semua hernia perlu dibedah untuk mengelakkan kemungkinan komplikasi terjerut.
    2. Jika pembedahan tidak boleh dilakukan atas sebab kesihatan yang lain, doktor akan selalu membuat pemeriksaan secara berkala.
  • Keadaan di mana doktor tidak melakukan pembedahan
    1. Ada hernia yang mempunyai bukaan hernia yang besar di mana risiko untuk terjerut adalah sangat rendah dan pembedahan untuk menutup bukaan besar ini adalah rumit.
  • Rawatan setiap hernia adalah berbeza dan doktor akan berbincang dengan pesakit kaedah rawatan termasuk risiko dan faedah jika dibedah atau tidak.
  • Hernia tidak surut
    1. Semua hernia tidak surut memerlukan rawatan kecemasan kerana risiko komplikasi terjerut.
    2. Cubaan untuk surutkan atau masukkan semula hernia boleh dilakukan biasanya dengan bantuan ubat tahan sakit dan ubat peregang otot/ muscle relaxant.
    3. Jika cubaan gagal, pembedahan kecemasan perlu dilakukan.
    4. Jika cubaan berjaya, rawatan seterusnya bergantung kepada jangkamasa hernia ini berada dalam keadaan tidak surut/irreducible.
      1. Jika kandungan hernia adalah usus dan kemungkinan berlaku jerutan dan bekalan darah ke usus yang terperangkap itu terhenti, tisu usus tersebut akan mati atau rosak/gangrenous dalam masa 6 jam.
      2. Dalam kes hernia terjerut melebihi masa di atas, pembedahan dilakukan untuk melihat kerosakan tisu usus dan membaiki hernia.
      3. Jika masa tidak surut adalah pendek dan diyakini tidak berlaku jerutan dan tisu usus tidak rosak, pesakit boleh keluar wad selepas disurutkan.
  • Disebabkan hernia ini berisiko untuk berulang menjadi tidak surut, adalah lebih baik pembedahan dilakukan lebih awal daripada biasa.
Kadangkala, hernia tidak surut ini telah berlangsung begitu lama dan menjadi kronik di mana pesakit tidak merasa sakit dan tiada tanda-tanda sumbatan usus, bagi kes seperti ini pembedahan boleh dilakukan secara elektif (mengikut jadual seperti biasa).

15 comments:

Ain Dzaya said...

ain tak pernah lagi la kene penyakit camtu..cam bisul je..

QasehSuci said...

Ain Dyaza..penyakit tu memang jarang-jarang kena kat perempuan selalu kat lelaki je..nak wat camner ujian tuhan kena kat anak akak. solution nyer mmg operate je..

permata biru said...

akak xambik ubat kampung ka?

QasehSuci said...

tu la pasal...mase jumpa doc tu mmg zero knowledge pasai penyakit ni...ikut jer la doc suh operate.tapi pas tu tanya org2 tua,skang ni tgh berubat kampung kat Kubang Gajah

Anonymous said...

Kubang gajah kat mana ye bole bg spesifik tempat x? Anak sy kene juga ni pompuan

keliru said...

Salam. Anak perempuan sy baru terkena penyakit ini. Berusia 9bulan. Bolehkah dioperate seawal usia ini? :(

keliru said...

Boleh ke dioperate pada bayi perempuan seawal 9bulan? Anak sy baru terkena.

QasehSuci said...

Anak kepada kwn saya umur 2 bln dh operate..anak sy still x operate lg dh berubat kpg tp hernia nya masih ada..cdgnye hujung thn masa cuti sekolah br nk operate. Tunggu lama2 kesian pulak..

sheila abidin said...

anak pompuan sye usia 6 taun bru operate 29/11/13 lalu...bru perasan last year...bg ibubapa yg ader anak problem camnie, better operate jerk..x yh nk ubat2 kg, membazir cz ianye akan beulang selagi x operate...ksian dierorg klu besa nnt...

QasehSuci said...

@sheila abidinthanks sheila... mmg nk operate minggu depan..lepas operation mcmane condition anak?

Min Shahda said...

Ank sy pmpuan gak...kna hernia..detect msa umo 3 bln lbih...skrg 4 bln dh..tgu nk jmpa pakar kt gov hosp ja bln 3 nie...isau..bla nangis ja, lg tinggi timbulnya...

Min Shahda said...

Ank sy pmpuan gak...kna hernia..detect msa umo 3 bln lbih...skrg 4 bln dh..tgu nk jmpa pakar kt gov hosp ja bln 3 nie...isau..bla nangis ja, lg tinggi timbulnya...

Anonymous said...

anak saya detect hernia masa umor 1 bulan, sekarang umor dia dah 7 bulan.. sejak tau ada hernia, saya berubat kg, mana org ckp saya pegi dan alhamdulillah benjolan tu dah xde.. Masa umor dia 3 bulan saya ada ke hospital dan doktor nasihatkan untuk operate 24.6.14 ni.. cuma saya keliru, nk operate ke x sb benjolan dah xde, dan dia pon dah ok x nangis mcm dlm pantang dulu...hmmmmmmm...

Anonymous said...

sapa-sapa boleh share keadaan baby lps operation... ambil masa lama x nk recover

QasehSuci said...

@Anonymousanak saya ambik masa sehari je nak recover sebab minor operation je...n anak saya langsung tak mengadu sakit lepas operation tu...cuma mcm biasa la kena jaga makan berlantang sikit 2,3 bulan..

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena