13 January 2012

Ceasar Salad


Yummy....yummy..

Dah lama tak ade entry baru pasal resepi ni...tak sempat nak upload pic...kadang2 disebabkan terlalu bz mkn kt luar ajer tapi ngan anak 2 ni pyh nak mkn kt luar lebih selesa di rumah...tak mau melalut panjang2..skang ni sy nak bagi resepi membuat salad yang sgt simple.sayur2 fresh ni kalau kat perlis memang senang nk cari pasar borong pun dekat aje dlm 5 km dan harga pun sgt2 murah. resepi ni mudah nak dbuat tak pyh susah2 nak cari ingredient yang pelik2 dan  most important salad ni sgt baik untuk diet...cuba tau...!
 Bahan-bahan (2 org makan):
1. Salad 6 - 10 kelopak
2. Brokoli 1/2
3. Kobis ungu/putih
4. Timun 1/2
5. Carrot 1 biji (yg kecil)
6. Tomata 1 biji
7. Ayamas Frankfurter
8. Telor rebus sebiji
9. Thousand Island (brand lady's choice)
10. Lada Sulah


Cara membuat:
1. Salad di carik2, timun dipotong dadu, kobis dihiris halus, tomato dipotong 4, brokoli, telur rebus dipotong 4  dan carrot dicelur sebentar (jgn terlalu lama supaya masih ranggup bila dimakan).
2. Frankfurter di panggang/digoreng terlebih dulu
3. Campurkan semula bahan2 ke dalam salad bowl. Picitkan thousand island dan taburkan sedikit lada sulah
4. haaa...dah ready untuk dimakan.....kalau dah cuba tlg bagi komen...:)



0 comments:

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena