18 July 2012

Resepi sup tauhu telor

entry kali ni Qasehsuci nak share satu resepi yang sangat simple. menu ni sesuai untuk mommies yang ada anak kecik...sangat senang 10 minit boleh siap...k mula2 mommies sumer kena la sediakan bahan2 nya dulu...
1. tauhu telor (of course la dah tentu resepi ni namanya sup tauhu telor kan) - 2 pkt
2. udang 10 ekor sederhana besar
3. fishball
4. carrot sebatang yg kecil
5. baby corn 3 tongkol
6. baby sawi 3 pokok
7. telor sebijik (untuk pekatkan kuah)
8. sos tiram
9. garam
10. kiub pati ayam
11. bawang putih dicincang

then, dah sediakan bhn2 bulah la mula mmemasak....

-mula potong tauhu teor kepada 8 bahagian, kemudian gorengkan sehingga kekuningan dan angkat
-tumiskan bawang putih sehingga kekuningan masukkan carrot, baby corn dan tunggu sehingga separuh empuk
-masukkan sawi,udang, fishball
-masukkan sos tiram, garam, kiub dan tauhu telor yg digoreng tadi dan kacau
-last sekali masukkan telor, kuning telor jgn dipecahkan (ni option je, mommies blh gantikan dengan tepung jagung untung pekatkan kuah sup ni...
-siap di masak....






Read More

08 July 2012

Ayah...kenapa ibu menangis?







AYAH KENAPA IBU MENANGIS...NAMUN AYAH MENJAWAB..."SEMUA WANITA MENANGIS TANPA ADA ALASAN..."

Satu hari, seorang anak laki bertanya kepada ibunya. 

"Ibu, mengapa Ibu menangis...?"

Ibunya menjawab," Ibu adalah seorang wanita, Nak".

"Aku tak mengerti" kata si anak lagi.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya.

"Ayah, mengapa Ibu menangis?

Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"

Ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawapan yang diberikan ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu meningkat remaja dan tetap berlegar-legar dikepalanya...mengapa wanita menangis.

Pada suatu hari, ia bertemu dengan seorang tua yang bijak lagi penuh wibawa di dalam sebuah masjid, lalu ia bertanya .

" Pakcik, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Pakcik pun menjawab,"Saat diciptakan wanita, ALLAH membuatnya menjadi mereka sangat istimewa.

Diciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Diberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walaupun seringkali ia kerap berulangkali menerima cacian dan hinaan dari anaknya itu.

Diberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Diberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Diberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun. Walaupun anak-anaknya itu ada melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Diberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya.

Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak rosak?

Diberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walaupun seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, diberikan dia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus diberikan kepada wanita, agar dapat digunakan semasa ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

Cintai dan Sayangi Ibumu Semasa Hidupnya..

Berbaktilah kepadanya...

Perbanyaklah berdoa dan beramal soleh kepada nya..

Agar pada suatu hari nanti mereka akan tenang disana...

Telah berpesan Guru Mulia Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa "Tentang ibubapa yang berdosa...Ianya akan dipertanggungjawab oleh ALLAH SWT akan hal itu, namun kita sebagai anaknya hilangkanlah kemarahan kita, kerana walau bagaimanapun ia tetap ibu kita, yg meraung dan menjerit dengan pedih demi kelahiran kita, menyusukan kita dengan kasih sayang,mengorbankan waktunya demi mengasuh kita, maka berbaktilah kpdnya dgn sebaik-baiknya, anda akan mendapatkan pahala jihad kerana berbakti kpd orang tua terutama ibunda, berusahalah dan berdoalah agar ibunda berubah dan menjadi baik, berlemah lembutlah, dan berhasil atau tidak anda akan tetap mendapatkan pahalanya.



Sumber : http://www.facebook.com/rahsiaperkahwinan
Read More

05 July 2012

tempahan baru in progress


baru siap 50%
akan update bila dah siap full design
tunggu......





Read More

Asparagus GorengBersos Tiram


buat pertama-tama kalinya hari ni qasehsuci masak sayur yang tak pernah pun qasehsuci masak selama ni...sayur ni normally qasehsuci makan biler makan seafood aje..tapi area perlis ni kalau makan seafood kat kuala perlis pun jarang tgk kdai yg jual sayur ni...first time qasehsuci makan sayur ni kat tanjung harapan,klang. pas tu tak pernah terfikir pun n mkn sayur ni sampai la last weekend tgh merayau rayau di tesco ternampak sayur ni...selepas 5 hari sayur ni kesejukkan di dlm fridge baru lah hari ni qasehsuci berkesempatan nak masak...nak cuba??? ni resepi nya...

BAHAN-BAHAN :


1 ikat asparagus
sedikit lobak merah (untuk meriahkan colour aje so jgn buh byk2)

10 ekor udang basah 
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
sebijik bawang besar (dipotong bulat dan kasar)
cili merah 1 btg
sedikit minyak
3 sudu sos tiram
Garam secukup rasa




CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sayur asparagus serta potong ikut citarasa. qasehsuci suggestkan potong 2 shj. Bersihkan udang , kupas semua bahan2. bawang putih dicincang halus.
2. Panas kan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau. masukkan cili merah yang dipotong serong, asparagus dan lobak merah. kacau rata.
3. Terus kacau sehingga sayur separuh masak dan masukkan udang,bawang besar, sos tiram dan garam. Jangan goreng sayur terlalu lama nanti  sayur jadi lembik dan over cook , langsung sayur jadi tak sedap. Selamat mencuba ya...hasilnya seperti di bawah...





Read More

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena