21 November 2012

Serangan Udara Israel Terus Membedil Gaza

Tiada  apa yang mampu dilakukan oleh insan sekerdil Qasehsuci untuk membantu saudara seislam di Gaza ...tapi hati nurani ini dah tidak sanggup membaca dan melihat kesengsaraan mereka saban hari, sampai bila mereka harus menanggung azab sengsara dari rejim Zionis?..bangsa yang pada Qasehsuci berhatikan binatang,berjantungkan nafsu semata-mata...cuma inilah saja yang mampu Qasehsuci lakukan untuk penduduk Palestine..iringan doa berserta airmata, juga Qasehsuci berharap dengan entri-entri ini, boleh meningkatkan kesedaran lebih banyak pihak dan menyeru supaya semua umat Islam bersama-sama berdoa...cuma jari-jemari ini yang mampu meluahkan apa yang tersirat dihati Qasehsuci mealui blog ini...sesungguhnya mereka sedang sengsara..

Apapun sumbangan dan tindakan kita sama ada cuma berdoa atau menyokong usaha memboikot barangan Israel atau apa saja yang kita lakukan...tak kisahlah tapi lakukan sesuatu daripada langsung tidak menyumbangkan apa ...




GAZA, 20 Nov 2012 - Serangan zionis di Semenanjung Gaza diteruskan untuk hari ketujuh di sebalik seruan dunia untuk menghentikannya. Menurut sumber, angka kematian kini mencecah 111 mangsa.
Sebuah pusat media menjadi sasaran buat kali kedua Isnin lepas apabila jet pejuang Israel membedil menara Shuruq di Bandar Gaza. Bangunan berkenaan menempatkan rumah rakyat Palestin dan stesen media antarabangsa, termasuk agensi berita Sky News dari Britain, Al Arabiya dari Arab Saudi dan stesen rasmi Hamas, TV Al Aqsa.
Seorang mangsa maut dalam serangan tersebut. Kumpulan Jihad Islam mengenalpasti mangsa sebagai Ramez Harb, seorang komander kanan Briged al-Quds, sayap tentera kumpulan berkenaan.
Ahad lepas, sumber daripada Kementerian Kesihatan mengesahkan lapan wartawan tercedera dalam serangan ke atas menara Shuruq dan sebuah lagi bangunan media yang digunakan oleh TV al-Quds.
Jurucakap kerajaan Zionis Israel, Mark Regev menafikan bahawa Israel mensasarkan serangannya ke atas wartawan.
Sebaliknya, ujar beliau, sasaran serangan ke atas pusat media berkenaan adalah terhadap ‘peralatan komunikasi Hamas”.
“Hamas menggunakan fasiliti komunikasi di mana terdapat wartawan-wartawan,” katanya sambil menggambarkan Al Aqsa TV sebagai pusat “arahan dan kawalan Hamas.”
“Sama seperti yang dilakukan oleh mana-mana rejim, media digunakan untuk arahan dan kawalan serta untuk tujuan keselamatan. Pada pandangan kami, itu bukanlah kewartawanan yang sah.”
Israel memberi amaran kepada wartawan asing untuk meninggalkan bangunan itu.
Dalam serangan udara terbaru pagi Selasa lepas, sekurang-kurangnya empat orang tercedera apabila jet pejuang F-16 rejim Israel membedil Bank Nasional Islam di Bandar Gaza yang terletak di kawasan perumahan awam.
Dalam siri keganasan lain Isnin lepas, dua kanak-kanak lelaki berumur dua dan empat tahun serta ibu-bapa mereka terbunuh di kem pelarian Jabaliya. Lebih daripada 12 orang tercedera, kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Pada tengahari hari yang sama, seorang terbunuh dan dua lagi cedera apabila sebuah peluru berpandu mengenai sebuah kereta di Bandar Gaza.
Sementara itu, menurut sumber oleh perkhidmatan ambulans Gaza, sebuah peluru berpandu juga mengenai sebuah motosikal di timur Khan Yunis di selatan Gaza, mengakibatkan kematian dua lelaki dan mencederakan seorang kanak-kanak yang bersama mereka.
Pada awal hari berkenaan juga, dua wanita dan seorang kanak-kanak adalah antara empat orang yang terbunuh dalam serangan di kawasan perumahan Zeitun, timur Bandar Gaza.

Sumber: Haluan Malaysia

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena