29 November 2012

Harimau Malaya Dah Mengaum...

Harimau Malaya beraksi cemerlang dan berjaya menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala Suzuki AFF pada Rabu malam.
Pasukan tuan rumah menang besar ke atas Laos hasil jaringan Safiq Rahim, Safee Sali, Wan Zack dan Khyril Muhymeen di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus membangkitkan semula semangat penyokong Harimau Malaya.
Selepas kecundang 3-0 dengan Singapura Ahad lepas, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal telah melakukan rombakan dalam pasukan untuk bertemu Laos.




Beliau telah mmebuat keputusan untuk mengecualikan Amar Rohidan dan menggantikannya dengan Shakir Shaari. Mahali Jasuli dan Wan Zack Haikal turut mendapat tempat.
Perubahan ketara yang dapat dilihat adalah di posisi gol dimana Farizal Marlias diturunkan dan Khairul Fahmi dibangku simpanan.
Pasukan tuan rumah bermula positif dengan asakan bertubi-tubi ke pertahanan Laos hasil gadingan hebat Norhshahrul Idlan dan Safee Sali.
Safee Sali mendapat percubaan seawal minit ke-11 namun sepakannya tersasar. Seminit selepas itu, S.Kunalan dari kiri mara ke kotak penalti mencari Safee Sali tetapi sekali lagi percubaanya tidak berjaya.
Dua minit selepas itu Norshahrul dari tengah menuju ke kotak penalti namun telah dijatuhkan oleh pertahanan Laos dan sepakan percuma diberikan kepada Malaysia.
Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim menjaringkan gol pertama perlawanan melalui sepakan percuma bola matinya pada minit ke-15 tanpa memberi peluang kepada penjaga gol Laos.
Malaysia terus menguasai perlawanan apabila Norhsharul mara ke kotak penalti dan membuat hantaran kepada Safee Sali namun peluang gagal disempurnakan.
Pada minit ke-39, Laos berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil jairngan Khonesavanh dari kiri atas kesilapan hantaran yang dilakukan oleh Safiq Rahim pada awalnya.
Separuh masa kedua bermula dengan satu perubahan dilakukan dalam skuad Malaysia apabila Zubir Azmi masuk menggantikan Azmi Muslim.
Pada minit ke-54, Norhsharul melakukan pergerakan cantik dari sudut kanan dan mara ke kotak penalti tetapi percubannya dihalang penjaga gol Laos.
Enam minit selepas itu, pemain Harimau Muda Wan Zack Haikal mara dari kanan dan memberanikan diri untuk melakukan percubaan tetapi tidak berjaya.
Peluang terbaik untuk Malaysia pada minit ke-63 apabila pertahanan, Mahali membuat hantaran kepada Safee Sali yang tidak dikawal, tetapi tandukan Safee melencong ke kanan gawang gol.
Safee Sali meunjukkan reaksi kecewa apabila beberapa percubaanya gagal dilaksanakan dengan sempurna.
Tenyata kekecewaannya itu tidak lama apabila Wan Zack dari kanan membuat hantaran kepada Safee dan akhirnya Safee Sali meletakkan Malaysia 2-1 di hadapan pada minit ke-67.
Kelihatannya seperti hari yang baik untuk Harimau Malaya apabila Wan Zack Haikal meletakkan Malaysia 3-1 di hadapan pada minit ke-76 dengan tandukan yang hebat.
Safee Sali kemudian dikeluarkan dan telah digantikan dengan Khyril Muhymeen.
Laos tidak menunjukkan seperti akan bangkit dalam perlawanan ini dengan Farizal Marlias di gawang gol Malaysia yang jarang diuji dengan hebat.
Tiga minit selepas kemasukan Khyril, beliau telah menambah lagi jaringan untuk Malaysia dan memberikan keputusan 4-1 berpihak kepada pasukan tuan rumah itu.
Norshahrul Idlan yang beraksi dengan baik malam ini telah digantikan dengan seorang lagi pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81.
Harimau Malaya masih tidak putus asa dan meneruskan asakan bertubi-tubi ke atas Laos dan cuba mendapatkan lagi jaringan namun semestinya kemenangan 4-1 sudah cukup untuk mengembalikan kepercayaan penyokong kepada skuad negara.

Kedudukan KumpulanKumpulan A
TeamMP W D LGFGAPts
Thailand2200616
Philippines2101223
Vietnam2011121
Myanmar2011151

Kumpulan B
TeamMP W D LGFGAPts
Indonesia2110324
Singapore2101313
Malaysia2101443
Laos2011361


Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 
Peringkat Kumpulan

Sabtu, 24 November 2012 | Kumpulan A
5.30pm Vietnam 1-1 Myanmar
8.20pm Thailand 2-1 Filiphina

Ahad, 25 November 2012 | Kumpulan B
6.00pm Indonesia 2-2 Laos
8.45pm Malaysia 0-3 Singapura

Selasa, 27 November 2012 | Kumpulan A
5.30pm Vietnam 0-1 Filiphina
8.20pm Myanmar 0-4 Thailand

Rabu, 28 November 2012 | Kumpulan B
6.00pm Indonesia 1-0 Singapura
8.45pm Laos 1-4 Malaysia
Syafiq Rahim, Safee Sali, Wan Zack Haikal, Mohd Khyril Muhymeen

Jumaat, 30 November 2012 | Kumpulan A
8.20pm Filiphina vs Myanmar
8.20pm Thailand vs Vietnam

Sabtu, 1 December 2012 | Kumpulan B
8.45pm Singapura vs Laos
8.45pm Malaysia vs Indonesia


Separuh Akhir 1

Sabtu, 8 December 2012
Naib Juara Kumpulan A vs Juara Kumpulan B

Ahad, 9 December 2012
Naib Juara Kumpulan B vs Juara Kumpulan A


Separuh Akhir 2

Rabu, 12 December 2012
Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan A

Khamis, 13 December 2012
Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan B


Akhir

Rabu, 19 December 2012
Perlawanan Akhir 1

Sabtu, 22 December 2012
Perlawanan Akhir 2


0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena