08 February 2013

Adik Adam sudah tiada...penderitaan bayi 10 bulan rosak saraf otak berakhir

Pagi tadi Qasehsuci berkesempatan menonton MHI jam 7 pagi walaupun sedang sibuk bersiap-siap untuk ke tempat kerja...hiba dan sayu melihat urusan mandi jenazah adik Ahmad Adam Shukri yg berusia 10 bulan. Rasanya baru lagi melihat kan arwah adik Adam Shukri di TV3 pada awal-awal kemunculan adik Adam sekeluarga dikaca tv..memang berbeza kali pertama melihatkan adik Adam dgn keadaan fizikal yang amat menyayat hati dengan keadaan semasa arwah adik Adam menghembukan nafas terakhirnya..nampak adik Adam sihat, tubuh pun dah berisi... Mungkin ibu arwah adik Adam sedikit gembira di kala anaknya pergi dengan keadaan fizikal yang sudah seperti anak-anak normal yang lain..
tapi apakan daya ajal maut Allah swt yang tentukan dan Dia yang lebih mengetahui di sebalik sesuatu yang terjadi..

Buat ibu bapa adik Adam kehilangan yang dirasai sekarang pastinya ada balasan baik di akhirat kelak..Allah menguji hambanya mengikut tahap kemampuan hambanya...sesungguhnya ibu bapa arwah adik Adam adalah insan yang kuat..tabahkan hati untuk terus meniti perjalanan hidup ini..

*Dari Allah Kita Datang, dan kepada Allah Kita Kembali.


Sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur

Gambar terbaru adik Adam sebelum meninggal dunia


~KRONOLGY ADIK ADAM SHUKRI~
  • LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
  • “ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
  • “DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena