Sekelip mata jer dah berakhir minggu pertama syawal, alhamdulillah raya tahun ni berjalan dengan baik dan agak meriah berbanding tahun-tahun yang lepas. yang pasti tahun ni bertambah sibuk manakan tidak pagi2 raya sibuk siapkan juadah raya dan anak-anak. tapi sayang kerana kesibukkan pada hari raya sampai tak sempat nak snap gambar keluarga untuk kenangan tapi memori raya tahun ni tetap terpahat dalam ingatan. moga ada kesempatan lagi untuk menyambut raya di kampung halaman sendiri di tahun-tahun akan datang.
Di sebalik kemeriahan raya,terselit juga kisah duka. tapi cuma yang suka boleh dikongsi yang duka biarlah ditanggung sendiri. sedihnya arwah mak dah tiada untuk berkongsi cerita. rasanya dengan arwah mak sahaja boleh mengadu derita. Mak, syawal tahun ni tak pernah sama semenjak mak tiada. Mak seorang ibu yang hebat. Tak pernah bahagi kasih antara anak-anak dan menantu. semua dilayan sama rata tidak mengira pangkat dan darjat. tiada istilah "pilih kasih" kerana mak sentiasa berlaku adil. tiada yang lebih tiada yang kurang. murni dan bersihnya jiwa mak. bahagia dan aman nya dunia jikalau semua anak-anak dan menantu-menantu di dunia ini memiliki ibu sehebat mak. Bertuah nya kami memiliki mak walaupun cuma sementara mak dipinjamkan kepada kami. Moga mak ditempatkan di kalangan kekasih-kekasih Allah, diselamatkan dari api neraka...Percayalah mak, pada kami tiada ibu sehebat mak. Mak, kami rindu pada mak.....
Untuk Mu Ibu by Exist
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
0 comments:
Post a Comment