15 September 2011

Resepi Lontong Goreng

erm...mesti ada yg pelik dengar resepi ni kan sebab tak semua negeri kat m'sia ada makanan ni. resepi ni berasal dari Johor. Saya tahu resepi pun masa stay kat sana tahun 2008...Sila lah cuba resepi ni mesti tak menyesal sebab resepi ni mudah dan sedap...Selamat Mencuba....:)

Bahan A (dikisar)
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 3 ulas
Cili Kering 7 tangkai
Belacan sebesar ibu jari

Nasi Impit segera Adabi 1 paket besar untuk 2 orang makan
Isi ayam 1 mangkuk kecil
telor sebijik
Sawi 2 pokok
Kicap pekat 1 sudu besar
Kicap manis 1 sudu besar
Kicap masin 2 sudu
Daun bawang
Daun sup
Garam

Cara-cara:
1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan isi ayam. ayam separuh masak masukkan telur sebjik dan kacau.
3. Masukkan nasi impit yang dipotong kecil (seperti nasik impit yg dimakan bersama sate).
3. Masukkan sawi, kicap pekat, kicap masin dan kicap manis. Kacau sehingga sebati
4. Masukkan garam. Tutup api dan masukkan daun ketumbar, daun bawang dan kacau.
5. Sedia untuk dimakan....Selamat mencuba!






0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena