Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah
memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang
adalah Sultan Sulu & Bo
rneo Utara
iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin
terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian
dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk
"menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya
menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). Yang
menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh
Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda"
pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah?
(Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah
sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika
itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan
'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir
Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan
Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu
"tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989
kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi
memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Malah sehingga
sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada
Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang
saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang
hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah
sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara
lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya
milik kesultanan Sulu lagi. Dan perkara yang paling menjadi persoalan
sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70
TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH???
MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH
WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH
0 comments:
Post a Comment