17 April 2012

3 Janji



hari ni tengok drama 3 janji dengan amat tenang sebab princess qasehsuci dah beradu seawal 9.30 mlm td...so far tak pernah missed lagi drama bersiri ni. folo setiap minggu sebab drama ni sgt2 ader kelainan. tadi ternampak pengarah drama ni...Heykal Hanifah. korang kenal? ala...husband dramatis Faezah Elai (yang kecoh sblm kwen konon2 meruntuhkan rumahtangga Heykal Hanifah yg terdahulu) wallahualam...qasehsuci pun tak tahu betol ke tidak citer ni...biarla........... lagipun bukan itu perkara yang qasehsuci nak citer kat entri kali ni...

back to the main topic...qasehsuci mcm tak percaya drama ni diarahkan oleh heykal hanifah sebab drama2 sutradara ni qasehsuci tak berapa suka tapi kali ni ader kelainan. nampak ader kematangan dan pembaharuan. nak2 pulak heroin citer ni liyana jasmay...comfirm2 la best kalau tak takkan boleh dapat award pelakon terbaik (bukan popular ok). betul la kata lirik lagu ni...'pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran'...lagu spring kot tapi tak ingat tajuknya...

so korang jgn lupa tengok citer ni setiap hari selasa jam 9.00 malam di tv3 ok....enjoy!


Sinopsis drama 3 Janji

Mengisahkan Dahlia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil. Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami dan menyayangi. Impian Dahlia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dahlia akan berjaya sebagai doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat.

Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dahlia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dahlia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti.

Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dahlia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dahlia mencari lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu.

Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dahlia berada dalam keadaan kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dahlia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia. Sepanjang berada di sana, Dahlia tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil mengambil jurutan perubatan.

Dahlia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan ingin mengambil peralatan muziknya.

Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dahlia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dahlia untuk berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji tersebut.

Bagaimanapun, Dahlia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi.

Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia? Kalau nak tahu, tontonlah drama 3 janji melalui slot Lestary, setiap selasa jam 9 malam, hanya di TV3.





2 comments:

FiDa said...

sukanyaaaa cita nieeee..... xleh nk agak lpas ni jd apaaa...... misteri......

QasehSuci said...

mmg best ending dia mesti ngan yassin...kan!!!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena