buat pertama-tama kalinya hari ni qasehsuci masak sayur yang tak pernah pun qasehsuci masak selama ni...sayur ni normally qasehsuci makan biler makan seafood aje..tapi area perlis ni kalau makan seafood kat kuala perlis pun jarang tgk kdai yg jual sayur ni...first time qasehsuci makan sayur ni kat tanjung harapan,klang. pas tu tak pernah terfikir pun n mkn sayur ni sampai la last weekend tgh merayau rayau di tesco ternampak sayur ni...selepas 5 hari sayur ni kesejukkan di dlm fridge baru lah hari ni qasehsuci berkesempatan nak masak...nak cuba??? ni resepi nya...
BAHAN-BAHAN :
1 ikat asparagus
sedikit lobak merah (untuk meriahkan colour aje so jgn buh byk2)
10 ekor udang basah
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
sebijik bawang besar (dipotong bulat dan kasar)
cili merah 1 btg
sedikit minyak
3 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sayur asparagus serta potong ikut citarasa. qasehsuci suggestkan potong 2 shj. Bersihkan udang , kupas semua bahan2. bawang putih dicincang halus.
2. Panas kan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau. masukkan cili merah yang dipotong serong, asparagus dan lobak merah. kacau rata.
3. Terus kacau sehingga sayur separuh masak dan masukkan udang,bawang besar, sos tiram dan garam. Jangan goreng sayur terlalu lama nanti sayur jadi lembik dan over cook , langsung sayur jadi tak sedap. Selamat mencuba ya...hasilnya seperti di bawah...
6 comments:
Sedap ni makan dgn nasi panas2.
@Norzie hanymemang pas masak terus makan jgn tunggu2 lagi...Norzie hany pun pandai masak kan...!
mcm, sedapp aje..xpenah masak lagi asparagus goreng..kna try nanti..
yummy2.. sedapnye...
lapa tetibe...
@permata birumemang sedap farah...husband kak ani mkn sampai clear pinggan...bangga mak..hahahaha
@cHe3jgn lupa cuba tau...
Post a Comment