ADA APA DENGAN BREASTFEEDING??
Saya selalu simpan dalam hati, dalam-dalam, ketat-ketat, kuat-kuat:
"Susu saya mesti cukup untuk anak saya. Kalau ada extra, itu BONUS untuk saya dan anak saya.
Sebab yang paling penting tidaklah susu yang melimpah ruah sahaja, tapi mesti CUKUP untuk anak kita. Untuk sehari dia minum, untuk sehari dia kenyang.
Fokus untuk sehari dulu, hari jadi bulan, bulan jadi tahun.
Dan setiap anak lain keperluannya, yang sikit tak semestinya tak cukup, janji anak kita sihat cerdas cergas.
Selain kuantiti, harus diperinci, emosi dan diri ibu ke bayi, dipindah melalui susu ibu itu sendiri. Jangan hanya inginkan kuantiti, tetapi lupa rohani.
Susu ibu sel hidup, ibu jaga diri dan hati supaya diri anak itu sendiri terisi.
Ibu, jangan terlalu excited mengumpul kuantiti hinggakan kadang terlupa terapan emosi, ilmu dan pendidikan rohani yang dihantar melalui susu itu.
BREAST-MILK FEEDING can never replaced BREASTFEEDING
Ya ibu.
Susu ibu terbaik jika diminum dari ibu sendiri.
Bayi bukan hanya dapat susu, tidak hanya dapat kenyang
Bayi dapat rasa hati ibu,
Bayi menerima kasih ibu,
Bayi dapat hangat pelukan ibu,
Bayi mencerna tutur di bibir ibu,
Cinta, bayi dapat cinta dari ibu.
Indah kan rasa itu..
Fitrah manusia suka berkongsi rasa,
Ibu dapat kongsi dengan bayi,
diri ibu, darah ibu, perasaan ibu.
Bila tiada bayi bersama, kerana ibu terpaksa bekerja
Ibu harus rasai, buat benda yang sama,
semasa memerah.
Ya rasanya tidak sama,
Tapi ibu perlu belajar juga.
Supaya bila bayi minum susu itu
Dia dapat rasa yang sama,
Bukan rasa manis susu sahaja.
Tapi rasa diri ibu, hati ibu, perasaan ibu
Itu lebih perlu.
Bagi membentuk anak kita sendiri,
menjadi Khalifah di bumi ini.
Jadi ibu, jaga dirimu,
Atas bawah luar dalam,
Membesarnya anakmu itu kerana susumu dari dirimu.
Salam Cinta Susu Ibu,
Ummi, PumpOnTheGo
Read More