28 December 2011

Cuepacs Lega 5 Isu Berbangki Selesai

mmm....baru nak kaji semula keputusannya tak tau lagi...sama ada lebih baik atau lebih buruk. Nak taknak sebagai goverment servant kita kena sign. kalau nak kekal ngan SSM pun..no guarantee yg masa depan kita akan terjamin. Harap2 keputusannya nanti Gred 17 yg paling kurang faedah dari SBPA akan turut mendapat manfaat yg setimpal dengan gred2 lain. kalau nak bagi kena bagi semua baru adil dan saksama. jgn timbul soal golongan ini dapat lebih, golongan ni dapat kurang. Sebagai penjawat awam kita semua samer, kalau nak bagi biar setimpal kalau yak mcm ni la..rumah dah siap pahat still berbunyi di sana sini..ape2 pun kita nantikan nanti 5 perkara yg akan dikaji semula...lebih baik atau tidak!!! nak tau 5 perkara tu sila klik sini ......
Read More

MC 2 Hari

Hari ni aku MC lagi got fever n flu. smlm g klinik ngan hubby. Doc tu mcm paham2 jer memang aku perlukan rehat setelah hampir seminggu di kampung sebab kenduri adik ipar aku adik perempuan suami aku. sian kat my daughters. Dua2 pun dapat fever n flu...at last diaorg ok umi nyer plak yang berjangkit. Demi anak2...aku rela tak sanggup rasenya tgk anak2 sakit biar aku yg sakit xper...:)
Read More

15 December 2011

Sbpa

Lately, topik yg kerap dibualkan oleh penjawat awam ialah mengenai sbpa. org awam yg lain turut bualkan topik yg sama iaitu kesan dr kenaikkan gaji penjawat awam iaitu kenaikkan harga2 barang. Masalahnya, mentalliti orang Malaysia ni gaji naik, mula la peniaga2 nak naikkan harga barang. ader ke patut, mereka-mereka ni nak kaut lebih keuntungan dengan cara macam tu. bagi la penjawat awam ni merasa sket kenaikkan gaji tu. Ni tak gaji naik harga barang pun naik. So, walaupun gaji naik tapi tetap sama mcm tak naik....isk2!
Padahal klu sektor swasta naik gaji takder plak sesapa nak pertikaikan. Harga barang pun tak naik....

Pada penjawat awam yg nak tau cara pengiraan gaji leh klik di sini
Read More

07 December 2011

Shimmering Flora


Design ni dipanggil shimmering flora. Because of ini first shimmering flora yg aku buat,so aku wat trial pada baju sendiri dulu...camner ok? Berminat nak wat tempahan, dont hesitate to call/sms me ok....




Read More

05 December 2011

Sweet Flowers

Tempahan pertama dari Cikgu Farah. Takut sebenarnya nak ambik tempahan ni. iyerlah takut tak meet customer satisfaction. tapi demi minat diberanikan jugak diri ini untuk try new challenge.

Buat baju org ngan baju sendiri tak samer. buat baju customer lagi dapat kepuasan. so inilah hasilnya...tadaaaaa......




Baju ni aku amek RM35...ok tak? tak tau la nak letak harga...anyone yg pandai tlg bagi tips tuk letak harga...maklumla baru nak berjinak-jinak ngan dunia manik2 ni...:)
Read More

03 December 2011

Blooming Flower

baju ni tempahan dari kak shimah tuk anak dia sempena kenduri kawen anaknya yg sulong so sumer anak2 dia pakai baju yg sama mcm ni...dia mintak design yg simple so design ni la terlintas kat fikiran aku..












Read More

29 November 2011

It's My Besday

Today is my 30th besday..org takut nak masuk 3 series ni tapi pada pada aku itu menandakan yg kita dah semakin matang. Usia di dunia meningkat tapi semakin dekat dgn Allah swt so kena tingkatkan ibadah dan amal jariah. Sikap perlu berubah mengikut usia tak bleh childish lagi..boleh..tapi ngan suami aje..hehehehe

Tahun ni besday aku 29/11 bersamaan 3 Muharram 1433 Hijrah selang dua hari dengan tahun baru Islam. Alang-alang pasang niat dan azam sekali di usia baru dan tahun yg baru ni. Azam nya tak perlu lah aku war-warkan pada semua cukupla untuk ingatan dan matlamat aku seorang. Semoga tercapai ape yang dicita-citakan dan mendapatkan keberkatan dari Ilahi..amin

Ape yang aku harapkan cuma aku, suami dan anak-anak dirahmati dan kebahagian yg dicapai kini berkekalan..keluarga yg dibina ini adalah satu anugerah yang tak terhingga nilai nya. Suami ku nyawaku, anak-anakku adalah nafasku...kalian adalah syurgaku
Read More

09 November 2011

My blog

Baru hari ni secara officially berani nak show off my blog. selama ni saje perapkan. bukan aper dah byk masukkan artikel baru nak announce yang saya pun ader blog...
kira puas ati jugak dari tak tau aper start from zero belajar tutorial online dari internet tanpa bantuan sesape saya boleh buat blog sendiri...walaupun tak sehebat maner tapi tetap bersyukur.
tujuan buat blog ni bukan aper...tuk advertise kan produk. plan nak berniaga online, tapi belum dapat MOU lagi...produk akan diupload ke blog tak lama lagi...
so...tunggu
Read More

04 November 2011

Menghilangkan Ketuat

Petua ni kalau korang tak cuba memang dengar macam pelik. saya pun masa mula2 dapat petua ni dari bidan pun mcm tak percaya tapi saya dah cuba sendiri dan ternyata memang mujarab.
Saya dah cuba macam2 ubat farmasi nak hilangkan ketuat di kaki. ubat beli kat farmasi jgn citer la memamg dah berjenis-jenis yg dah dicuba. kesan nya ada tapi tak boleh hilangkan ketuat cuma kurang dari segi size nya aje...
So, ader bidan ni dia kata kalau dengar guruh dan kilat, sentuh ketuat tu dan cakaplah 'pergilah ketuat dari kaki aku'. saya pun buat la insyaallah dengan keizinan Allah swt ketuat tu akan beransur-ansur hilang hingga kesan pun xder...
kepada sesapa yg nak cuba petua ni silalah..tapi tlg acknowledge saya yer result nya...
selamat mencuba...daaa...
Read More

03 November 2011

Porridge untuk baby 6 month+

hello mommies...
mesti kadang2 mommies pening kepala nak sediakan makanan untuk baby..kat sini saya nak kongsi resepi yg mudah and lazat.so far my 2nd daugther suka kalau saya wat porridge ni untuk dia..

rebus ikan bilis untuk dapatkan stok. depend la kalau nak kuat rasa ikan bilis,mommies buat la dlm segenggam. dah mendidih stok ikan bilis tu,tapis dan ambik air nya sahaja. Next, basuh beras dalam segenggan jugak, masukkan stok ikan billis tu dan masak mcm bubur yg biasa tu..kalau mommies sume nak masukkan sayur2 boleh jugak carrot,brokoli atau bayam. Next, blend and tapis macam biasa.
Read More

30 September 2011

Ikan bilis goreng rangup lebih lama

Salam...
Kat sini, saya nak share petua yang sgt simple tapi useful. Nak tahu tak petua untuk bagi ikan bilis yg digoreng rangup dan yang penting akan kekal rangup. Caranya goreng ikan bilis seperti biasa,apabila ikan bilis masak kekuning-kuningan, tabur gula pasir sedikit serata ikan bilis. Kemudian kacau dan angkat. Anda akan dapati ikan bilis anda rangup dan kekal rangup dalam tempoh masa yang agak lama. Selamat mencuba...
Read More

26 September 2011

Resepi Rendang Ayam Ala Perak

Bahan-bahan:
Ayam seekor
Serai 4 batang - dimayang halus
Daun kunyit 2 helai - dimayang halus
Halia 3cm - dimayang halus
Lengkuas 7cm (kisar dan diambil airnya sahaja)
Cili kering 10 tangkai - dikisar
Bawang merah 7 biji - dimayang halus
Bawang putih 4 biji
Santan 1 mangkuk
Kerisik
Garam secukup rasa
Gula 1/2 sudu teh

Cara-cara:
Rendang ala perak ni berbeza daripada rendang-rendang negeri lain. Cara nak masak rendang ni lebih mudah. Masukkan semua bahan sekaligus dimulakan dengan ayam, bahan hirisan,bahan kisar serta santan kemudian kacau. Masak sehingga ayam empuk. Ayam juga blh digantikan dengan daging lembu. Selamat mencuba
Read More

15 September 2011

Resepi Lontong Goreng

erm...mesti ada yg pelik dengar resepi ni kan sebab tak semua negeri kat m'sia ada makanan ni. resepi ni berasal dari Johor. Saya tahu resepi pun masa stay kat sana tahun 2008...Sila lah cuba resepi ni mesti tak menyesal sebab resepi ni mudah dan sedap...Selamat Mencuba....:)

Bahan A (dikisar)
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 3 ulas
Cili Kering 7 tangkai
Belacan sebesar ibu jari

Nasi Impit segera Adabi 1 paket besar untuk 2 orang makan
Isi ayam 1 mangkuk kecil
telor sebijik
Sawi 2 pokok
Kicap pekat 1 sudu besar
Kicap manis 1 sudu besar
Kicap masin 2 sudu
Daun bawang
Daun sup
Garam

Cara-cara:
1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan isi ayam. ayam separuh masak masukkan telur sebjik dan kacau.
3. Masukkan nasi impit yang dipotong kecil (seperti nasik impit yg dimakan bersama sate).
3. Masukkan sawi, kicap pekat, kicap masin dan kicap manis. Kacau sehingga sebati
4. Masukkan garam. Tutup api dan masukkan daun ketumbar, daun bawang dan kacau.
5. Sedia untuk dimakan....Selamat mencuba!






Read More

06 September 2011

Puasa Enam di Bulan Syawal

Walaupun Ramadan sudah berlalu, kita masih lagi mempunyai talian hayat untuk menambahkan amalan Syawal, iaitu berpuasa enam hari selagi Syawal masih ada. Ia adalah puasa sunat selama enam hari bermula dua Syawal hinggalah penghujungnya.
Ada riwayat menyebut, Allah SWT menciptakan langit dan bumi selama enam hari, iaitu pada Syawal. Sesiapa berpuasa pada bulan ini akan dianugerahkan kebajikan pahala seperti bilangan makhluk di dalamnya, diampunkan dosanya serta diangkat darjatnya di sisi Allah SWT. (Durratul Waizin 71)
Daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian disusuli dengan puasa Syawal seolah-olah ia baru saja dilahirkan dalam keadaan suci bersih dari dosa kesalahan.” (Targhib Wattarhib Fi Fadail A’mal)

Read More...
Read More

Kenangan Syawal 2011

Salam...

Sekelip mata jer dah berakhir minggu pertama syawal, alhamdulillah raya tahun ni berjalan dengan baik dan agak meriah berbanding tahun-tahun yang lepas. yang pasti tahun ni bertambah sibuk manakan tidak pagi2 raya sibuk siapkan juadah raya dan anak-anak. tapi sayang kerana kesibukkan pada hari raya sampai tak sempat nak snap gambar keluarga untuk kenangan tapi memori raya tahun ni tetap terpahat dalam ingatan. moga ada kesempatan lagi untuk menyambut raya di kampung halaman sendiri di tahun-tahun akan datang.

Di sebalik kemeriahan raya,terselit juga kisah duka. tapi cuma yang suka boleh dikongsi yang duka biarlah ditanggung sendiri. sedihnya arwah mak dah tiada untuk berkongsi cerita. rasanya dengan arwah mak sahaja boleh mengadu derita. Mak, syawal tahun ni tak pernah sama semenjak mak tiada. Mak seorang ibu yang hebat. Tak pernah bahagi kasih antara anak-anak dan menantu. semua dilayan sama rata tidak mengira pangkat dan darjat. tiada istilah "pilih kasih" kerana mak sentiasa berlaku adil. tiada yang lebih tiada yang kurang. murni dan bersihnya jiwa mak. bahagia dan aman nya dunia jikalau semua anak-anak dan menantu-menantu di dunia ini memiliki ibu sehebat mak. Bertuah nya kami memiliki mak walaupun cuma sementara mak dipinjamkan kepada kami. Moga mak ditempatkan di kalangan kekasih-kekasih Allah, diselamatkan dari api neraka...Percayalah mak, pada kami tiada ibu sehebat mak. Mak, kami rindu pada mak.....


Untuk Mu Ibu by Exist
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Read More

26 August 2011

Salam Lebaran

Dalam diam tak diam dah 26 hari kita berpuasa...alhamdulillah bulan Ramadhan thn ni Allah swt. permudahkan amal ibadat ku. Selama tempoh 26 hari berpuasa, tak terasa letih,lpar atau dahaga di siang hari kecuali malam rasa penat dengan kerja rumah dan anak-anak...tapi itukan juga ibadah so continue jer buat kerja selagi terdaya tulang empat kerat ku ini.

Yg best and xcited giler nak sambut raya tahun ni mestilah sebab tahun ni turn kampung aku pulak...eee syok nyer nak sambut raya tahun ni tambah plak sekarang dah ada baby baru...yg syok collect duit raya anak-anak. tapi banyak masuk banyak gak keluar bagi pada anak-anak sedara sepupu sepapat.ah...tak kisahlah kan niat kita bersedekah, dapat gak pahala.

Read More

18 August 2011

Birthday Nasuha

hmmm...sok besday nasuha 3 thn. tak sangka dh 3 thn rupanya nasuha rase mcm baru jer. disebabkan jatuh bulan Ramadhan kena celebrate kat luar ajer la nampak nya, 3 thn berturut-turut besday kakak nasuha time bln pose so plan nak celebrate merangkap berbuka pose di Seri Malaysia tapi takleh sebab dah penuh. nyesal sgt2 tak booking awal2. so kami decide nak celebrate di Putra Brasmana Hotel di Kuala Perlis. hrp2 dpt la tempah cake topping doraemon, blk keje nanti nak g survey....mintak2 ader!...amin....
Read More

16 August 2011

Cuti???

hari ni 16/8/2011 cuti pertama pas maternity leave selepas sebln bekerja..rase badan weak sgt2 plus dah 2 mlm tak cukup tdo anak2 meragam and menangis-nangis,sian nawal perut selalu kembong. cam xleh nak carry on jer bekerja kat ofis ngan house chores 2 in 1. nak kena ambik supplement kot biar bertenaga sket...ader suggestion tak best supplement ibu beranak 2 yang bekerja mcm saya??
Read More

04 August 2011

Assalammualaikum...


Giler punya lame tak update blog.mula2 punya la semangat nak wat blog tapi oleh kerana kesibukkan yg teramat terus lupa ngan niat nak jadik blogger ni...tambah2 dah dapat baby baru ni..double tripple bz tapi enjoy ngan baby tersayang...penat cam ner pun balik rumah tengok baby mesti release tension & stress. inilah nikmat yang Allah kurniakan pada seseorang yang bergelar ibu..


2nd princess sy, namenya Nur Nawal Athiyyah binti Mohd Nur Na'iim..punya la panjang mesti susah adik  Nawal nanti nak isi borang OMR periksa...hehehe mase buh nama tak pikir sian anak2. maksudnya Cahaya Pemberian...semoga kami sekeluarga beroleh pemberian rezki,happiness,kesejahteraan,keredhaan Allah SWT,hidayah dan yang penting jodoh kami sekeluarga yang berpanjangan hingga ke syurga amin...
Read More
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena