Tak sangka kehamilan ketiga Qasehsuci mengalami masalah anemia sedangkan sebelum ini, tidak pernah pun Qasehsuci ada masalah seperti ini. Anemia adalah suatu keadaan dimana kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.
Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.
Pada awal kehamilan, memang Qasehsuci mengalami keletihan yang sangat kerap, rupa-rupanya keletihan adalah salah satu kesan disebabkan oleh anemia. Antara simptom lain ialah:
Anemia ini dapat diatasi dengan mengambil zat besi yg secukupnya. Unfortunately, Qasehsuci alah pada semua jenis vitamin yang diperlukan semasa kehamilan iaiti iron tablets, folic asid dan b complex, malah vitamin seperti Iberet dan obimin juga tidak mampu ditelan tekak Qasehsuci.
Risiko Untuk Mendapat Anaemia
Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
- Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
- Mereka yang mengandung kembar
- Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
- Merka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman
Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?
Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:- Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
- Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol