25 June 2012

bersyukurkah kita...?

pernah dengar tak karma...ataupun kata lain nya what u give u get back? pada qasehsuci setiap perbuatan ada pembalasan,sama ada baik ataupun buruk sama ada di balas di dunia atau pun di alam sana..
orang selalu cakap kalau hari tu sesuatu yg buruk berlaku orang akan kata hari tu kata bad day.....
pada qasehsuci tak ada satu hari pun dlm setahun yang Allah swt ciptakan ada hari yang buruk...sekiranya perkara buruk terjadi pada kita pada sesuatu hari anggaplah itu adalah peringatan supaya kita tidak terus lalai dan alpa...mungkin tuhan bayar cash. tandanya Allah sayangkan kita beri kita kesedaran...supaya bila kita rasa sakit akan menyedarkan apa berkara buruk ataupun tak elok yang kita dah lakukan...

kadang-kadang kita sebagai manusia tak sensitif tentang perasaan orang lain tapi amat sensitif atau bahasa mudahnya amat mudah tersentap bila ada yang menyinggung perasaan kita...mana tau bila kita bercakap pada kita tak bermaksud ape2 tapi ada yang terasa...so bila sesuatu menimpa jgn cepat melatah..muhasabah diri,tengok dan kaji balik apa yang kita dah lakukan...

sentiasa jadi orang yang bersyukur...syukur?...perkataan yang mudah dilafazkan tapi bolehkah kita menjalankan tuntutan seorang muslim yang bersyukur...syukur tidak hanya di lafaz di bibir..syukur perlu dilaksanakan dengan rukun-rukun nya...salah satunya meninggalkan segala larangan dan melakukan segala suruhan...bersyukur kah kita sekiranya dalam sehari pun solat pun tak cukup 5 waktu? bersyukur kah kita sekiranya aurat kita tidak tutup dengan sebetul-betulnya...? bersyukurkah kita sekiranya kita masih tidak puas dengan apa yang kita ada? bersyukurkah kita sekiranya masih terbit perasaan iri hati melihat kesenangan orang lain?....untuk menjadi insan yang benar-benar bersyukur bukan mudah...bantulah kami Ya allah untuk menjadi insan yang benar-benar bersyukur bukan insan yang hipokrit melafazkan di bibir sahaja...

hari ni...hari yang penuh dugaan untuk qasehsuci...jari qasehsuci tersepit pintu kereta..sakitnya memang bukan kepalang...qasehsuci look back..memang qasehsuci ada salah...sebagai manusia biasa qasehsuci pun tidak terlepas dari buat salah...tapi atas kesakitan itu qasehsuci berterima kasih pada Allah swt menyedarkan qasehsuci...sebagai manusia memang kita tak sempurna tapi kita harus sentiasa berusaha untuk menjadi sesempurna mungkin...di sisi Allah dan di sisi insan-insan tersayang...

nukilan asli dari qasehsuci...
Read More

Dejavu di kinabalu

drama ni qasehsuci tengok start episode 3. episode 1 dan 2 qasehsuci termissss coz qasehsuci tak folo sgt drama seindah sakura...bila tengok episode 3 dan 4 rase nyesal sangat tak tengok episode mula-mula sebab qasehsuci dah jatuh hati dengan drama ni..memang tebaek..tak caye korang tengok mesti addicted punya nk tengok episode seterusnya..lakonan aqasha besalah memang kalau bab cintan cintun comfirm menjadi...tiz zaqyah cam besalar watak yang dia bawak tak pernah tak menjadi punya...hero n heroin ni memang ada chemistry...sgt padan sgt sesuai ..mesti pengarah nya Erma Fatima dan kaji karektor design watak-watak ni...


ok lah sini qasehsuci bagi sikit je sinopsis tuk citer ni nak lebih lanjut boleh klik SINI

"Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Menyusuli SEINDAH SAKURA, saksikan DEJAVU DI KINABALU, buah tangan terbaru di slot Akasia karya indah arahan dan nukilan skrip oleh Eirma Fatima mulai 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma), Fadhilah Mansor (Suria), Aida Khaleeda (Fazeera), Dato’ Aziz Singah (Khairudin), Dian P. Ramlee (Norseha) dan Khaty Azean (Marisa).
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara."




Read More

21 June 2012

Sulaman manik dan labuci di batik crepe

Sulaman manik dan labuci di batik crepe. motif bunga di tengah menggunakan bunga sequin 2 tone colour dan tepi bunga menggunakan manik bulat dan sequin. untuk corak di bunga dan daun pada baju RM120 (tidak termasuk sulaman di tangan)














Read More
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena