Entry kali ni qasehsuci nak berceloteh sikit pasal trip qasehsuci bersama suami dan anak-anak ke Cameron Highland. Disamping berkongsi pengalaman dengan pembaca blog, semoga entry ini dapat guide pembaca yang baru nak menjelajah ke sana. adalah penting untuk korang buat research dulu, paling tak buat lah senarai tempat-tempat yang akan korang lawati nanti... contohnya butterfly farm dan butterfly garden... based pada vacation tu,qasehsuci rasa adalah lebih baik pegi salah satu je coz dalam tu benda yang sama je...ada pokok bunga,rama-rama,kolam ikan and etc...lagi satu kalau nak makan strawberi makan la puas2 di sana sebab bila dah bawa balik rasanya takkan sama sedikit masam...moga enjoy dengan entry kali ni...
Alhamdulillah perancangan untuk bercuti ke Cameron Highland berjalan lancar. 7 Syawal kami sekeluarga memulakan perjalanan dari kampung Qasehsuci di Chemor ke sana. Pukul 2 petang kami sampai dan terus cari kedai makan disebabkan perut yang dah berlagu-lagu riang...hotel pun dah booking seminggu awal... so kami berjalan dulu menikmati udara sejuk Cameron Highland sebelum check in. Sepanjang perjalanan ternampak orang jual strawberi di tepi2 jalan...teringin pulak so beli 3 cucuk...
Alhamdulillah perancangan untuk bercuti ke Cameron Highland berjalan lancar. 7 Syawal kami sekeluarga memulakan perjalanan dari kampung Qasehsuci di Chemor ke sana. Pukul 2 petang kami sampai dan terus cari kedai makan disebabkan perut yang dah berlagu-lagu riang...hotel pun dah booking seminggu awal... so kami berjalan dulu menikmati udara sejuk Cameron Highland sebelum check in. Sepanjang perjalanan ternampak orang jual strawberi di tepi2 jalan...teringin pulak so beli 3 cucuk...
Penat berjalan kaki kami memulakan perjalan menaiki kereta ke BHARAT TEA PLANTATION di Tingkap. Rugi ke sini kalau tak menikmati teh yang segar dari ladang..harganya agak mahal tapi berbaloi sebab teh nya memang seeedapppp...ada rase wangi dan kelat serta berlemak..
Antara semua tempat, nasuha paling suka bermain di ladang teh |
next, kami ke butterfly farm dan strawberi farm. Tempat-tempat ni special request dari nasuha...dah besday girl so diikutkan aje...
Selepas maghrib kami menikmati dinner sebelum memulakan tour kami ke night market di pekan Brincang. pasar mlm ni tempat menjual souvenier, sayur2 dan yg banyak sekali of course strawberi coklat..kami tak beli ape pun cuma fridge magnet je..tak ada yang menarik perhatian qasehsuci di sini..penat sgt, nak berjalan pun tak berapa ada mood then kami balik ke hotel je untuk berehat sebelum memulakan tour keesokkan harinya...
Then, tour kami singgah di BOH Tea Garden and Tea Centre. Tempat ni agak jauh jugak qasehsuci sedar2 aje dah sampai..hehehe sian encik driver kesorangan menyusuri bukit bukau nak sampai ke sini. kat sini kami berkesempatan melawat kilang teh dan melihat sendiri setiap proses teh dihasilkan daripada daun yang hijau2 sehingga la menjadi kecoklatan. Kusyuk sungguh en hubby mendengar explanation dari PIC kat kilang tu yang qasehsuci sibuk snap pic aje...Korang nak tau sebenarnya teh yang biasa kita minum tu actually dari daun teh yang tua atau yang matang aje. pucuk teh lebih berkhasiat dan kurang kafein tapi teh jenis ni yang 'premium quality' ni tidak dijual kat malaysia. teh jenis ni cuma di eksport disebabkan harganya yang mahal. dah jauh2 datang rugi la kalau tak menikmati fresh tea kat sini biarpun mahal bukan selalu...
mmm...sedapnya! |
then, kami jln2 amik angin di Hutan Lipur Parit Fall di Kamung Sedia...kat sini banyak tau homestay. pada yang ingin ke sini becuti bersama keluarga yang besar lebih jimat menginap di sini dari duk di hotel..
Selepas solat asar dan jamak zohor, kami ke Strawbery Point S'Corner Central Market. Jejalan kat sini sebelum ke KEA Farm untuk mendapatkan strawberi untuk juadah mlm ni sambil menonton tv. kat KEA Farm ni harganya lebih murah...sebab semua barang-barang di sini segar dari ladang...memang terbaik.
Sebelum balik ke hotel, kami makan malam terlebih dulu sebab agak kepenatan untuk keluar semula selepas balik ke hotel nanti...pusing punya pusing kami decide nak makan di Restoran Fauzi Tom Yam & Steamboat di Brincang.
Makan steamboat memang sesuai dengan cuaca di sini untuk panaskan badan tapi harganya agak mahal |
Keesokkannya, kami checkout kul 11.30 pagi...dalam perjalanan balik singgah di tepi jalan untuk membeli kaktus dan bunga....
Candid Camera
2 comments:
bestnya holiday...nak juga souvenier dr cameron..hehe
hehhe..beli cecukup jer...
Post a Comment