13 February 2014

Keletihan Semasa di Awal Kehamilan


Adakah anda mengalami keletihan yang luar biasa di awal kehamilan? Sekiranya ya..blh la membaca info di bawah...

Mengapakah saya berasa terlalu letih semasa hamil?

Anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan anda, dan ini boleh membuatkan anda sangat letih. Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan. Mereka yang biasa berjaga malam pun mendapati mereka terpaksa menahan mengantuk untuk menonton program TV kegemaran mereka.

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.

Berapa lamakah keletihan ini akan berlanjutan?

Ia berbeza bagi setiap orang, tetapi wanita hamil biasanya mengalami keletihan dalam trimester pertama dan ketiga.

Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu simptom mabuk hamil pagi yang hadir bersama loya, muntah dan hilang selera makan. Jika simptom anda mengganggu tidur, tidak hairanlah anda akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.

Anda mungkin merasa bosan berada dalam keadaan ini, tetapi simptom-simptom ini biasanya akan berlalu tanpa perlu sebarang rawatan. Bagi kebanyakan wanita (kira-kira enam daripada 10) simptom-simptom mabuk hamil pagi hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Bagi yang lain, mereka berasa lebih baik dalam trimester kedua. Kurang daripada satu dalam 10 orang yang tidak bernasib baik masih berasa tidak sihat selepas 16 minggu kehamilan.

Harap-harap, anda ialah salah seorang yang bernasib baik dan mungkin akan rasa sangat bertenaga dalam trimester kedua dan membawa ke trimester ketiga di mana anda akan mula rasa letih semula dalam bulan ketujuh.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keletihan semasa hamil?

Dengar apa yang badan anda cuba beritahu
Cuba tidur sebentar pada waktu siang atau tidur malam lebih awal. Di tempat kerja, 15 minit tidur sebentar pun boleh membuat perbezaan, jadi jika anda bernasib baik mempunyai pejabat yang bertutup, tutuplah pintu, letakkan kepala anda di atas meja dan berehat. Atau cuba tidur semasa waktu rehat tengahari – anda boleh tidur dalam kereta jika tiada tempat lain untuk tidur.

Cuba ubah jadual
Jika boleh, bawa balik kerja untuk dibuat pada hari minggu supaya anda boleh pulang awal sekali-sekala. Atau jika anda sudahpun menjadi ibu, berehatlah sekali-sekala dan tinggalkan anak-anak anda dengan orang lain supaya anda boleh tidur.

Pastikan anda jaga makan
Anda tidak perlu mula "makan untuk dua orang" sebelum trimester ketiga dan begitu pun anda cuma perlukan kira-kira 200 hingga 300 kalori tambahan setiap hari daripada makanan berkhasiat, bukannya kerepek atau coklat. Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.

Bertahanlah
Tidak lama lagi anda akan berada dalam trimester kedua dan harap-harap anda akan kembali bertenaga. Anda mungkin cukup bertenaga untuk pergi menonton wayang atau bercuti hujung minggu, walaupun anda mungkin tidak mahu menjadikannya sebagai satu kebiasaan. Tidak lama lagi anda akan merenung kembali waktu ini di mana tidur anda tidak terganggu sebagai satu nostalgia. Jadi tidurlah sebanyak mungkin selagi anda boleh.
Semakan terakhir: Februari 2012

Sumber : babycenter
 
 

Read More

05 February 2014

Pregnancy Mommies Routine


Bermulanya rutin seorang ibu yang mengandung... minggu ke 11 Qasehsuci dah buat buku merah..2 hari selepas tu iaitu hari ni Qasehsuci kena datang lagi ke klinik minum air gula dah ambik darah sekali lagi disebabkan MCH dah HB low....ada anemia dan ambik darah sekali lagi untuk cek takut Qasehsuci ada talesimia.. Bab cucuk dan minum air gula ni yang Qasehsuci lemah sangat2...mood excited pregnant lagi jadi terbantut dengan bermacam-macam prosedur....tapi demi si kecil yang dalam perut ni Qasehsuci kena kuatkan semangat....kan baby kan...

Sebelum ini, tak pernah ada masalah darah ni...tapi untuk anak ke3 ni seawal kandungan berusia 2 bulan HB low.. entah la kali ni alahan pun agak teruk...tapi excited nye pregnant 3rd baby ni sampai nama anak pun dah prepare awal2...yang best bukan Qasehsuci dan husband je yang happy..anak-anak pun x sabar nak tunggu baby baru ni...Diaorg pegang perut dan tanya ...ummi adik baby tgh buat ape kat dalam perut ummi?? Excited nye....tp lama lagi nak tunggu still ada 29 weeks to go....sabar ye ummi...
Read More

19 December 2013

Shawl with Lace


Lately..macam-macam design shawl dan selendang yg ada di pasaran...kalau kena dengan caranya shawl yg harga RM10 pun boleh nampak expensive  tapi kena kreatif la kan... so kalau korang ni bukan kategori tersebut...jika nak byk sgt dah shawl plain dalam almari korang tu...ape kata korang upgrade kan dengan tambah lace ...
Nak bubuh lace di shawl ni boleh macam-macam cara... ada yang letak di bahagian depan...di bawah dan ada jugak di tepi bahu....


shawl with lace n simple beads


shawl with lace (no beading)

shawl with lace

Lace dijahit 100% guna jari jemari
Boleh pilih warna shawl & warna lace untuk digabungkan

Harga shawl halfmoon lace
bermula dari RM 35
Bergantung kepada material kain & saiz lace
yang ingin digunakan

Berminat nak order? Sila hubungi
Whatsapp / Call 0123397536

 































Read More

05 October 2013

Simple Crumble dengan daun stem

Orang selalu bertanya pada saya macamame saya boleh ambik tempahan menjahit sedangkan saya bekerja tambahan pulak saya ada 2 orang anak yang masih kecik. .
Jawapan saya senang je ...menjahit manik is my passion. ..saya minat sangat dan rasenya dah tahap addicted...kalau satu hari tak sentuh jarum n manik rasenya hari saya sangat tak sempurna. ..dan lagi satu saya tak ambik tempahan ni disebabkan upah tapi kepuasan.
Now, cinta hati saya dah beralih pada pearls. ..so ni saya update design pearls terbaru.
Simple crumble dengan daun stem ...tempahan dari hasmawati.





Thanks dear...
Dari: Nora Qaseh Beads Design





Read More

03 October 2013

Baru jam 5.00 pagi daaaa......

Salam pagi khamis...

Kuatnya angin...qasehsuci terjaga jam 5 pagi nak mandi awal la sangat..so ada la masa nak menjengah blog qasehsuci yg sgt2 dirindui
Hari ni my busy day macam2 qasehsuci nk buat hati ni...mula2 nk pergi kursus transformasi pra-usahawan wanita di pusat koreksional,  chuping then ke dobi pas tu kalau sempat qasehsuci nak cari material untuk projek shawl/hijab yg dah lama sangat pending ni. .....buat masa ni keje mem'beading' terpaksa dihentikan dulu buat sementara...

 Td semangat je nk buat post ni dalam kepala banyak benda nak cerita tp bila dh bukak idea semua terbang...hahaha so daripada qasehsuci melalut yg bukan2 baik qasehsuci stop di sini. ...

Oooppss lupa plak cantik tak signature dibawah.... tutorial tu qasehsuci ambik di blog lisa fazureen...pyh nk insert link coz entry ni qasehsuci update guna note 2 je....
Till then, have a blessed thursday morning everyone ....♡♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♥♥


Read More

02 October 2013

Radiglow Cantik dan Sihat Seiring

Radiglow.. tampak muda cantik berseri luar dan dalam..
kesan terasa seawal 7 hari..
lulus KKM: Pengkelasan "makanan"
-sesuai untuk semua peringkat usia dan semua jantina-

KENAPA RADIGLOW MENJADI PILIHAN RAMAI?

● RADIGLOW merupakan produk pertama yang lengkap dengan kandungan semua keperluan tubuh badan, bagus untuk kesihatan sekali gus untuk kecantikan juga. 1001 khasiat dan kebaikan hanya dalam 1 produk.

● Kandungan RADIGLOW terdiri daripada ramuan berkualiti premium terpilih, dari sumber-sumber berikut seperti ASTAXANTHIN, L-Glutathione, Hydrolyzed Fish Collagen, Vitamin C dan juga ekstrak Blackcurrant.

● Didatangkan dalam bentuk bungkusan kotak yang eksklusif mengandungi 2 botol RADIGLOW yang mudah untuk ditempatkan di rumah dan juga di bawa ke mana sahaja seperti di dalam handbag bagi kaum wanita.

● Cara penggunaan yang sangat mudah. Tablet yang boleh dikunyah atau terus ditelan dengan rasa enak Blackcurrant/ Beri. Hanya perlukan 2 tablet RADIGLOW setiap pagi dan anda akan tampil sihat dan menawan dari hari ke hari..





ANTARA KESAN PENGAMBILAN RADIGLOW:* Makanan tambahan terbaik untuk kulit kelihatan muda, sihat dan lebih cerah.

* Membantu mencantik, menghalus dan menganjalkan kulit.

* Merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, eczema, parut, jeragat dan lain-lain.

*Juga terbaik untuk penglihatan, gigi, kuku dan rambut.

*Antioksidan semulajadi, 550 kali lebih kuat berbanding Vitamin E.

*Menghindar dan mencegah dari penyakit kronik seperti Kanser, Alzheimer, Parkinson, Diabetic, Sakit Jantung
ANTARA KESAN PENGAMBILAN RADIGLOW:* Makanan tambahan terbaik untuk kulit kelihatan muda, sihat dan lebih cerah.

* Membantu mencantik, menghalus dan menganjalkan kulit.

* Merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, eczema, parut, jeragat dan lain-lain.

*Juga terbaik untuk penglihatan, gigi, kuku dan rambut.

*Antioksidan semulajadi, 550 kali lebih kuat berbanding Vitamin E.

*Menghindar dan mencegah dari penyakit kronik seperti Kanser, Alzheimer, Parkinson, Diabetic, Sakit Jantung

BERMINAT? BOLEH ORDER BILA2 MASA..
supplement terhangat masakini..

HARGA KAMI :
RM180(S), RM190(S/S)
1 KOTAK = 2 BOTOL
30 BIJI/BOTOL
PERCUMA!! 1 Skin Regenerative Green Mask bernilai RM 42
++ EXTRA GIFT!!
-harga termasuk kos pos-

 sms/whatsapp ke 012-3397536











Read More
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena