Showing posts with label gaji kakitangan awam 2013. Show all posts
Showing posts with label gaji kakitangan awam 2013. Show all posts

27 February 2013

Muhyiddin Minta Penjawat Awam Tunggu 'Berita Baik" PM

Kalau betul la berita ini...syukur alhamdulillah


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.



Read more: sumber
Read More

20 February 2013

Kenaikkan gaji kakitangan awam 2013 (400) 1.4 juta Penjawat Awam + Elaun Perumahan Naik

Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.


Read more: klik sini
Read More
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena