Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

03 November 2011

Porridge untuk baby 6 month+

hello mommies...
mesti kadang2 mommies pening kepala nak sediakan makanan untuk baby..kat sini saya nak kongsi resepi yg mudah and lazat.so far my 2nd daugther suka kalau saya wat porridge ni untuk dia..

rebus ikan bilis untuk dapatkan stok. depend la kalau nak kuat rasa ikan bilis,mommies buat la dlm segenggam. dah mendidih stok ikan bilis tu,tapis dan ambik air nya sahaja. Next, basuh beras dalam segenggan jugak, masukkan stok ikan billis tu dan masak mcm bubur yg biasa tu..kalau mommies sume nak masukkan sayur2 boleh jugak carrot,brokoli atau bayam. Next, blend and tapis macam biasa.
Read More

26 September 2011

Resepi Rendang Ayam Ala Perak

Bahan-bahan:
Ayam seekor
Serai 4 batang - dimayang halus
Daun kunyit 2 helai - dimayang halus
Halia 3cm - dimayang halus
Lengkuas 7cm (kisar dan diambil airnya sahaja)
Cili kering 10 tangkai - dikisar
Bawang merah 7 biji - dimayang halus
Bawang putih 4 biji
Santan 1 mangkuk
Kerisik
Garam secukup rasa
Gula 1/2 sudu teh

Cara-cara:
Rendang ala perak ni berbeza daripada rendang-rendang negeri lain. Cara nak masak rendang ni lebih mudah. Masukkan semua bahan sekaligus dimulakan dengan ayam, bahan hirisan,bahan kisar serta santan kemudian kacau. Masak sehingga ayam empuk. Ayam juga blh digantikan dengan daging lembu. Selamat mencuba
Read More

15 September 2011

Resepi Lontong Goreng

erm...mesti ada yg pelik dengar resepi ni kan sebab tak semua negeri kat m'sia ada makanan ni. resepi ni berasal dari Johor. Saya tahu resepi pun masa stay kat sana tahun 2008...Sila lah cuba resepi ni mesti tak menyesal sebab resepi ni mudah dan sedap...Selamat Mencuba....:)

Bahan A (dikisar)
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 3 ulas
Cili Kering 7 tangkai
Belacan sebesar ibu jari

Nasi Impit segera Adabi 1 paket besar untuk 2 orang makan
Isi ayam 1 mangkuk kecil
telor sebijik
Sawi 2 pokok
Kicap pekat 1 sudu besar
Kicap manis 1 sudu besar
Kicap masin 2 sudu
Daun bawang
Daun sup
Garam

Cara-cara:
1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan isi ayam. ayam separuh masak masukkan telur sebjik dan kacau.
3. Masukkan nasi impit yang dipotong kecil (seperti nasik impit yg dimakan bersama sate).
3. Masukkan sawi, kicap pekat, kicap masin dan kicap manis. Kacau sehingga sebati
4. Masukkan garam. Tutup api dan masukkan daun ketumbar, daun bawang dan kacau.
5. Sedia untuk dimakan....Selamat mencuba!






Read More
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena