15 September 2012

Innocence Of Islam - Menghina Nabi Muhammad saw

Seluruh dunia sekarang memprotes filem ni yang telah tersebar secara online di youtube. Banyak negara mengadakan demontrasi di kedutaan Amerika Syarikat di negara masing-masing untuk menunjukkan kemarahan umat Islam terhadap penghinaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw secara terang-terangan ini. Qasehsuci amat berbangga menjadi umat Islam tatkala melihatkan di tv semua umat Islam di seluruh dunia bersatu menentang penyiaran filem ini. tapi di malaysia setakat ini...kemarahan itu masih di paras pinggang kot..tak sampai paras kepala lagi yang boleh menyirapkan darah supaya turut mengadakan protes seperti negara-negara Islam yang lain...agaknya masih lena dan asyik dengan lenggokan tarian Gangnam style yg ntah ape2 tu....

Adalah lebih baik kita sebagai blogger, dapat sama-sama mengeluarkan entri khas mengutuk filem tersebut untuk menggesa pihak kerajaan meyekat penyebaran filem penghinaan ke atas Nabi Muhammad saw. Ia sedikit sebanyak dapat membantu membendung rakyat dari terus terpengaruh dengan ideologi YAhudi yang menganggap agama Islam sebagai satu ancaman kepada dunia. Bersatu lah wahai umat Islam.....
Read More

08 September 2012

Holiday di Cameron Highland


Entry kali ni qasehsuci nak berceloteh sikit pasal trip qasehsuci bersama suami dan anak-anak ke Cameron Highland. Disamping berkongsi pengalaman dengan pembaca blog, semoga entry ini dapat guide pembaca yang baru nak menjelajah ke sana. adalah penting untuk korang buat research dulu, paling tak buat lah senarai tempat-tempat yang akan korang lawati nanti... contohnya butterfly farm dan butterfly garden... based pada vacation tu,qasehsuci rasa adalah lebih baik pegi salah satu je coz dalam tu benda yang sama je...ada pokok bunga,rama-rama,kolam ikan and etc...lagi satu kalau nak makan strawberi makan la puas2 di sana sebab bila dah bawa balik rasanya takkan sama sedikit masam...moga enjoy dengan entry kali ni...

Alhamdulillah perancangan untuk bercuti ke Cameron Highland berjalan lancar. 7 Syawal kami sekeluarga memulakan perjalanan dari kampung Qasehsuci di Chemor ke sana. Pukul 2 petang kami sampai dan terus cari kedai makan disebabkan perut yang dah berlagu-lagu riang...hotel pun dah booking seminggu awal... so kami berjalan dulu menikmati udara sejuk Cameron Highland sebelum check in. Sepanjang perjalanan ternampak orang jual strawberi di tepi2 jalan...teringin pulak so beli 3 cucuk...


Penat berjalan kaki kami memulakan perjalan menaiki kereta ke BHARAT TEA PLANTATION di Tingkap. Rugi ke sini kalau tak menikmati teh yang segar dari ladang..harganya agak mahal tapi berbaloi sebab teh nya memang seeedapppp...ada rase wangi dan kelat serta berlemak..





Antara semua tempat, nasuha paling suka bermain di ladang teh





next, kami ke butterfly farm dan strawberi farm. Tempat-tempat ni special request dari nasuha...dah besday girl so diikutkan aje...





Selepas maghrib kami menikmati dinner sebelum memulakan tour  kami ke night market di pekan Brincang. pasar mlm ni tempat menjual souvenier, sayur2 dan yg banyak sekali of course strawberi coklat..kami tak beli ape pun cuma fridge magnet je..tak ada yang menarik perhatian qasehsuci di sini..penat sgt, nak berjalan pun tak berapa ada mood then kami balik ke hotel je untuk berehat sebelum memulakan tour keesokkan harinya...

Hari ke-2, pagi2 lagi dah bersiap nak memulakan perjalanan hari ni. Tempat pertama yang ingin di tuju ialah mestilah kedai makan nak carik breakfast. Ronda punya ronda kami makan di Marrybrown, Tanah Rata.



Then, tour kami singgah di BOH Tea Garden and Tea Centre. Tempat ni agak jauh jugak qasehsuci sedar2 aje dah sampai..hehehe sian encik driver kesorangan menyusuri bukit bukau nak sampai ke sini. kat sini kami berkesempatan melawat kilang teh dan melihat sendiri setiap proses teh dihasilkan daripada daun yang hijau2 sehingga la menjadi kecoklatan. Kusyuk sungguh en hubby mendengar explanation dari PIC kat kilang tu yang qasehsuci sibuk snap pic aje...Korang nak tau sebenarnya teh yang biasa kita minum tu actually dari daun teh yang tua atau yang matang aje. pucuk teh lebih berkhasiat dan kurang kafein tapi teh jenis ni yang 'premium quality' ni tidak dijual kat malaysia. teh jenis ni cuma di eksport disebabkan harganya yang mahal. dah jauh2 datang rugi la kalau tak menikmati fresh tea kat sini biarpun mahal bukan selalu...




 
Premium teh untuk 3 cups ni berharga RM17.80

mmm...sedapnya!




then, kami jln2 amik angin di Hutan Lipur Parit Fall di Kamung Sedia...kat sini banyak tau homestay. pada yang ingin ke sini becuti bersama keluarga yang besar lebih jimat menginap di sini dari duk di hotel..

Selepas solat asar dan jamak zohor, kami ke Strawbery Point S'Corner Central Market. Jejalan kat sini sebelum ke KEA Farm untuk mendapatkan strawberi untuk juadah mlm ni sambil menonton tv. kat KEA Farm ni harganya lebih murah...sebab semua barang-barang di sini segar dari ladang...memang terbaik.




Sebelum balik ke hotel, kami makan malam terlebih dulu sebab agak kepenatan untuk keluar semula selepas balik ke hotel nanti...pusing punya pusing kami decide nak makan di Restoran Fauzi Tom Yam & Steamboat di Brincang.


Makan steamboat memang sesuai dengan cuaca di sini untuk panaskan badan tapi harganya agak mahal

Keesokkannya, kami checkout kul 11.30 pagi...dalam perjalanan balik singgah di tepi jalan untuk membeli kaktus dan bunga....
Candid Camera













Read More

13 August 2012

Ujian Ilahi

Salam 25 Ramadhan...

Qasehsuci tersentuh hati membaca luahan seorang blogger ni...sedihnya mendapat tahun kehidupan nya yang diuji dugaan yg amat berat..seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome) dan mempunyai 3 orang anak. Di saat meliku kehidupan yang penuh ranjau tanpa insan yang bergelar suami di sisi...melihat anak-anak membesar tanpa perhatian yang sepatutnya dari seorang ibu yang tidak berdaya...Ya Allah, kuatnya hati wanita ini dapat menempuh dugaan sebegini...Allah swt Maha Kaya serta Maha Mengetahui kerana Allah swt tidak akan menguji hambanya melainkan hambanya mampu menghadapinya...Semoga insan ini teus tabah dan Qasehsuci berdoa kepada Ilahi agar beliau sembuh dari penyakitnya...amin. Klik sini untuk lebih mengenali insan hebat ini...

Sumber : http://buasirotak.blogspot.com/2012/08/ibu-tunggal-yang-sakit-diabai-suami-tak.html

Read More

05 August 2012

Resepi Ikan Siakap Stim

resepi lagi.....? hehehe bebulan puasa ni kerap sgt qasehsuci kuar dgn entry resepi kan...iyerla bulan2 puasa ni la kita makan sedap2 sebab di siang hari kita berpuasa. yang penting mkn sampai habis and jangan membazir...
nak citer sket..khamis lepas qasehsuci ke sungai baru,untuk readers yg luar perlis...mesti tak tahu sungai baru ni adalah tempat nelayan memunggah hasil laut.....qasehsuci agak 'perak' jugak la kt situ sebab udang,sotong dan ikan harganya murah dari biasa...iyerlah hometown qasehsuci kan jauh dari laut...so bila dah duk kangar ni senang la nak makan hasil laut yg fresh2...bila ternampak ikan siakap terus qasehsuci terpikir resepi ikan siakap masak stim ni...ni favourite husband ni. ape lagi..qasehsuci sambar sekor siakap, lala, ketam and udang....
ape lagi dlm keta on d way balik opis dah plan macam2 tuk masak menu berbuka petang ni...salah satunya adalah resepi ni...cuba jgn tak cuba...

Bahan-bahan
- seekor ikan siakap
- sos ikan
- jus limau nipis 2 biji
- sebiji tomato (dipotong dadu)
- daun ketumbar / daun sup
- garam
- gula

Bahan yg dihiris
- serai dua batang
- cili padi 10 biji
- halia
- carrot
- asam keping 2 keping
 - bawang putih (dicincang halus)
- bawang merah (dicincang halus)

Cara-cara
- perap ikan dengan sos ikan selama 10-15 minit
- kemudian taburkan bahan-bahan yg dihiris di atas ikan
- taburkan garam dan gula secukup rasa
- kukus selama 10 minit
- selepas 10 minit buka penutup dan masukkan jus limau dan tomato. letak penutup dan biarkan seminit dua.
- angkat dan taburkan daun sup / daun ketumbar sebagai hiasan...

Taburkan daum ketumbar sebagai hiasan
  
Sebelum kukus
 




Read More

Hilang Beg

salam ramadhan...
pejam celik hari ni dah masuk 16 hari kita berpuasa. rase masa berlalu agak pantas...
semalam ke pacific alor star..aduyai orang punya la ramai...nak shopping pun sesak..
nak dijadikan citer..beg qasehsuci hilang di pacific masa tgh kalut2 cuba baju anak2...nasib baik bukan handbag tapi just beg yg berisi telekung, 2 botol susu Avent, beg make up dan barang yang paling berharga dalam tu sunglass Bonia (hadiah sempena mothers day dari hubby)
asalnya beg tu husband yg pegang sebab qasehsuci dukung anak..nak menangis bila hubby pegi ricky balik tempat tu tp tak jumpa..nasib baik la qasehsuci tak give up...my turn pulak gi cari beg tu..
semua tempat yg qasehsuci singgah tadi qasehsuci cari dan tanya promoter kat situ...alangkah leganya qasehsuci bila singgah di hush puppies,promoter tu dah jumpa beg tu dan serahkan pada security guard. rupanya hubby tertinggal masa test baju my doters kat situ....syukur alhamdulillah
baik sangat promoter berbangsa cina tu...tgh preggy dlm 5,6 bulan...berkali kali qasehsuci berterima kasih pd dia...semoga senang promoter tu nak deliver baby tu nanti..amin
moral of d story shopping tu shopping jugak tapi kena berhati2 nasik baik beg yang hilang kalau anak ...huwaaaaa tak dapat qasehsuci nak bayangkan...yg elok jadikan panduan ..yg tak elok jadikan teladan ok...da...

Read More

01 August 2012

Resepi Ibu Mertuaku

Tajuk entry kali ni husband qasehsuci yg suggestkan sebab nya memang resepi ni dari mak mertua qasehsuci. menu ni normally di masak di bulan puasa je makan ketika bersahur. resepi ni mula-mula qasehsuci memang tak berkenan,tengok family mertua makan pun qasehsuci dah rasa kembang anak tekak. tapi tetiba plak bulan puasa thn ni tergerak hati qasehsuci nak buat resepi yang sangat simple ni..kerabu tembikai. resepi ni mungkin agak pelik bagi negeri-negeri selain kedah,tapi trust me..cuba resepi ni sebab memang boleh menambahkan selera makan terutama ketika bersahur. nak cuba? ok folo instruction di bawah ni :

Bahan-bahan:
  • tembikai merah
  • bawang besar dihiris
  • udang kering (qasehsuci guna ikan bilis)
  • cili merah
  • garam secukup rasa
Cara nye memang mudah...gaulkan semua bahan-bahan dan siap untuk dimakan..mudahkan!





Read More

18 July 2012

Resepi sup tauhu telor

entry kali ni Qasehsuci nak share satu resepi yang sangat simple. menu ni sesuai untuk mommies yang ada anak kecik...sangat senang 10 minit boleh siap...k mula2 mommies sumer kena la sediakan bahan2 nya dulu...
1. tauhu telor (of course la dah tentu resepi ni namanya sup tauhu telor kan) - 2 pkt
2. udang 10 ekor sederhana besar
3. fishball
4. carrot sebatang yg kecil
5. baby corn 3 tongkol
6. baby sawi 3 pokok
7. telor sebijik (untuk pekatkan kuah)
8. sos tiram
9. garam
10. kiub pati ayam
11. bawang putih dicincang

then, dah sediakan bhn2 bulah la mula mmemasak....

-mula potong tauhu teor kepada 8 bahagian, kemudian gorengkan sehingga kekuningan dan angkat
-tumiskan bawang putih sehingga kekuningan masukkan carrot, baby corn dan tunggu sehingga separuh empuk
-masukkan sawi,udang, fishball
-masukkan sos tiram, garam, kiub dan tauhu telor yg digoreng tadi dan kacau
-last sekali masukkan telor, kuning telor jgn dipecahkan (ni option je, mommies blh gantikan dengan tepung jagung untung pekatkan kuah sup ni...
-siap di masak....






Read More
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena