09 January 2019

Salam tahun baru... 2019

Rasanya masih tak terlambat QS nak wish pada semua Happy New Year baru hari ke 9 tahun 2019 kan... So Happy Ne Year uolssss...
Sempena tahun baru ni mesti korang dah set azam baru kan....tapi sekiranya azam lama tak complete lagiii so korang carry forwardla thn ni...
Bagi QS sendiri...azam QS of coursela utk anak2...nak improve kualiti life QS dari semua segi...kewangan, jati diri dan nak sebarkan banyak2 positive vibes pd semua org sekeliling QS.. in shaa allah
So.. thn ni QS nak fokuskan pd biz QS yg selama ni QS buat sambil lewa.. thn ni QS nak lebih serius....hopefully smpi QS berjaya dapat Sale Director....wish me luck OK....next entry QS akan share benefits produk-produk Mary Kay... kan Sharing tu Caringgg....lov....



Read More

Mary Kay

Beauty Consultant Mary Kay...

* Sebarang pertanyaan berkaitan produk boleh menghubungi 012-3397536 - aNie
* Free Consultation
* Strictly no call.. just pm me for details

Read More

26 June 2014

Set Berpantang Mana yg Bagus??

Dalam seminggu dua ni pening dah Qasehsuci google di internet dan bertanyakan pd yang berpengalaman tentang set berpantang yg bagus...

Boleh tak share pengalaman korang....plssssss u ollssss







Read More

17 June 2014

apa ada pada susu ibu

ADA APA DENGAN BREASTFEEDING??

Saya selalu simpan dalam hati, dalam-dalam, ketat-ketat, kuat-kuat:


"Susu saya mesti cukup untuk anak saya. Kalau ada extra, itu BONUS untuk saya dan anak saya.


Sebab yang paling penting tidaklah susu yang melimpah ruah sahaja, tapi mesti CUKUP untuk anak kita. Untuk sehari dia minum, untuk sehari dia kenyang.


Fokus untuk sehari dulu, hari jadi bulan, bulan jadi tahun.


Dan setiap anak lain keperluannya, yang sikit tak semestinya tak cukup, janji anak kita sihat cerdas cergas.


Selain kuantiti, harus diperinci, emosi dan diri ibu ke bayi, dipindah melalui susu ibu itu sendiri. Jangan hanya inginkan kuantiti, tetapi lupa rohani.


Susu ibu sel hidup, ibu jaga diri dan hati supaya diri anak itu sendiri terisi.


Ibu, jangan terlalu excited mengumpul kuantiti hinggakan kadang terlupa terapan emosi, ilmu dan pendidikan rohani yang dihantar melalui susu itu.


BREAST-MILK FEEDING can never replaced BREASTFEEDING


Ya ibu.

Susu ibu terbaik jika diminum dari ibu sendiri.

Bayi bukan hanya dapat susu, tidak hanya dapat kenyang

Bayi dapat rasa hati ibu,

Bayi menerima kasih ibu,

Bayi dapat hangat pelukan ibu,

Bayi mencerna tutur di bibir ibu,

Cinta, bayi dapat cinta dari ibu.

Indah kan rasa itu..

Fitrah manusia suka berkongsi rasa,

Ibu dapat kongsi dengan bayi,

diri ibu, darah ibu, perasaan ibu.


Bila tiada bayi bersama, kerana ibu terpaksa bekerja

Ibu harus rasai, buat benda yang sama,

semasa memerah.

Ya rasanya tidak sama,

Tapi ibu perlu belajar juga.

Supaya bila bayi minum susu itu

Dia dapat rasa yang sama,

Bukan rasa manis susu sahaja.

Tapi rasa diri ibu, hati ibu, perasaan ibu

Itu lebih perlu.

Bagi membentuk anak kita sendiri,

menjadi Khalifah di bumi ini.

Jadi ibu, jaga dirimu,

Atas bawah luar dalam,

Membesarnya anakmu itu kerana susumu dari dirimu.



Salam Cinta Susu Ibu,

Ummi, PumpOnTheGo


Read More

06 June 2014

shawl with lace

Kali ni dpt tempahan jauh dr seberang laut...sis dari sarawak ni pening nak matching kn baju nye yg berkaler hitam dan ditambah lace kaler grey di tangan...then sis ni come out dgn idea untuk matchingkan baju tu dengan shawl grey kaler with black lace...idea yang sangat brilliant...

so qasehsuci buat yang terbaik untuk ilustrasikan idea sis ni...ok shawl ni bersaiz pasmina (size ni request dr sis ni) dan sepanjang shawl ni dijahit lace sepanjang 1 3/4 meter...
tadaaa.....inilah hasilnya





Dan...alhamdulillah inilah feedback dari sis ni hari ni....




Read More

25 March 2014

New Shawl


Shawl 
Material : Chiffon Gorgette
Size : 2 meter (panjang) x 55 cm (lebar)
Colour : Purple
Code : Shawl01
Harga : RM19.90




Shawl
Material : Chiffon Gorgette
Size : 2 meter (panjang) x 55 cm (lebar)
Colour : Dwitone (purple dan pink)
Code : Shawl02
Harga : RM19.90







 Contoh lilit ~ Setiap pembelian akan diberi tutorial cara melilit shawl ni yang hanya menggunakan satu peniti dan satu jarum

Whatsapp - 0123397536
Read More

24 February 2014

Anemia Semasa Hamil




Tak sangka kehamilan ketiga Qasehsuci mengalami masalah anemia sedangkan sebelum ini, tidak pernah pun Qasehsuci ada masalah seperti ini. Anemia adalah suatu keadaan dimana kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.
Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Pada awal kehamilan, memang Qasehsuci mengalami keletihan yang sangat kerap, rupa-rupanya keletihan adalah salah satu kesan disebabkan oleh anemia. Antara simptom lain ialah:
  • cepat Letih
  • rasa tidak bermaya
  • pucat
  • berdebar-debar
  • sukar bernafas
  • pengsan

  • Anemia ini dapat diatasi dengan mengambil zat besi yg secukupnya. Unfortunately, Qasehsuci alah pada semua jenis vitamin yang diperlukan semasa kehamilan iaiti iron tablets, folic asid dan b complex, malah vitamin seperti Iberet dan obimin juga tidak mampu ditelan tekak Qasehsuci.

    Risiko Untuk Mendapat Anaemia


    Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
    • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
    • Mereka yang mengandung kembar
    • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
    • Merka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman

    Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?

    Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
    • Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
    • Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

    Maksimakan penyerapan Zat Besi

    Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.


















    Read More
    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
    Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
    Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

    Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

    Blooming Flowers

    Live Traffic Feed

    Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

    © 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena