26 September 2011

Resepi Rendang Ayam Ala Perak

Bahan-bahan:
Ayam seekor
Serai 4 batang - dimayang halus
Daun kunyit 2 helai - dimayang halus
Halia 3cm - dimayang halus
Lengkuas 7cm (kisar dan diambil airnya sahaja)
Cili kering 10 tangkai - dikisar
Bawang merah 7 biji - dimayang halus
Bawang putih 4 biji
Santan 1 mangkuk
Kerisik
Garam secukup rasa
Gula 1/2 sudu teh

Cara-cara:
Rendang ala perak ni berbeza daripada rendang-rendang negeri lain. Cara nak masak rendang ni lebih mudah. Masukkan semua bahan sekaligus dimulakan dengan ayam, bahan hirisan,bahan kisar serta santan kemudian kacau. Masak sehingga ayam empuk. Ayam juga blh digantikan dengan daging lembu. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meniggalkan komen di blog ini...