Dalam seminggu dua ni pening dah Qasehsuci google di internet dan bertanyakan pd yang berpengalaman tentang set berpantang yg bagus...
Boleh tak share pengalaman korang....plssssss u ollssss
▼
26 June 2014
17 June 2014
apa ada pada susu ibu
ADA APA DENGAN BREASTFEEDING??
Saya selalu simpan dalam hati, dalam-dalam, ketat-ketat, kuat-kuat:
"Susu saya mesti cukup untuk anak saya. Kalau ada extra, itu BONUS untuk saya dan anak saya.
Sebab yang paling penting tidaklah susu yang melimpah ruah sahaja, tapi mesti CUKUP untuk anak kita. Untuk sehari dia minum, untuk sehari dia kenyang.
Fokus untuk sehari dulu, hari jadi bulan, bulan jadi tahun.
Dan setiap anak lain keperluannya, yang sikit tak semestinya tak cukup, janji anak kita sihat cerdas cergas.
Selain kuantiti, harus diperinci, emosi dan diri ibu ke bayi, dipindah melalui susu ibu itu sendiri. Jangan hanya inginkan kuantiti, tetapi lupa rohani.
Susu ibu sel hidup, ibu jaga diri dan hati supaya diri anak itu sendiri terisi.
Ibu, jangan terlalu excited mengumpul kuantiti hinggakan kadang terlupa terapan emosi, ilmu dan pendidikan rohani yang dihantar melalui susu itu.
BREAST-MILK FEEDING can never replaced BREASTFEEDING
Ya ibu.
Susu ibu terbaik jika diminum dari ibu sendiri.
Bayi bukan hanya dapat susu, tidak hanya dapat kenyang
Bayi dapat rasa hati ibu,
Bayi menerima kasih ibu,
Bayi dapat hangat pelukan ibu,
Bayi mencerna tutur di bibir ibu,
Cinta, bayi dapat cinta dari ibu.
Indah kan rasa itu..
Fitrah manusia suka berkongsi rasa,
Ibu dapat kongsi dengan bayi,
diri ibu, darah ibu, perasaan ibu.
Bila tiada bayi bersama, kerana ibu terpaksa bekerja
Ibu harus rasai, buat benda yang sama,
semasa memerah.
Ya rasanya tidak sama,
Tapi ibu perlu belajar juga.
Supaya bila bayi minum susu itu
Dia dapat rasa yang sama,
Bukan rasa manis susu sahaja.
Tapi rasa diri ibu, hati ibu, perasaan ibu
Itu lebih perlu.
Bagi membentuk anak kita sendiri,
menjadi Khalifah di bumi ini.
Jadi ibu, jaga dirimu,
Atas bawah luar dalam,
Membesarnya anakmu itu kerana susumu dari dirimu.
Salam Cinta Susu Ibu,
Ummi, PumpOnTheGo
Saya selalu simpan dalam hati, dalam-dalam, ketat-ketat, kuat-kuat:
"Susu saya mesti cukup untuk anak saya. Kalau ada extra, itu BONUS untuk saya dan anak saya.
Sebab yang paling penting tidaklah susu yang melimpah ruah sahaja, tapi mesti CUKUP untuk anak kita. Untuk sehari dia minum, untuk sehari dia kenyang.
Fokus untuk sehari dulu, hari jadi bulan, bulan jadi tahun.
Dan setiap anak lain keperluannya, yang sikit tak semestinya tak cukup, janji anak kita sihat cerdas cergas.
Selain kuantiti, harus diperinci, emosi dan diri ibu ke bayi, dipindah melalui susu ibu itu sendiri. Jangan hanya inginkan kuantiti, tetapi lupa rohani.
Susu ibu sel hidup, ibu jaga diri dan hati supaya diri anak itu sendiri terisi.
Ibu, jangan terlalu excited mengumpul kuantiti hinggakan kadang terlupa terapan emosi, ilmu dan pendidikan rohani yang dihantar melalui susu itu.
BREAST-MILK FEEDING can never replaced BREASTFEEDING
Ya ibu.
Susu ibu terbaik jika diminum dari ibu sendiri.
Bayi bukan hanya dapat susu, tidak hanya dapat kenyang
Bayi dapat rasa hati ibu,
Bayi menerima kasih ibu,
Bayi dapat hangat pelukan ibu,
Bayi mencerna tutur di bibir ibu,
Cinta, bayi dapat cinta dari ibu.
Indah kan rasa itu..
Fitrah manusia suka berkongsi rasa,
Ibu dapat kongsi dengan bayi,
diri ibu, darah ibu, perasaan ibu.
Bila tiada bayi bersama, kerana ibu terpaksa bekerja
Ibu harus rasai, buat benda yang sama,
semasa memerah.
Ya rasanya tidak sama,
Tapi ibu perlu belajar juga.
Supaya bila bayi minum susu itu
Dia dapat rasa yang sama,
Bukan rasa manis susu sahaja.
Tapi rasa diri ibu, hati ibu, perasaan ibu
Itu lebih perlu.
Bagi membentuk anak kita sendiri,
menjadi Khalifah di bumi ini.
Jadi ibu, jaga dirimu,
Atas bawah luar dalam,
Membesarnya anakmu itu kerana susumu dari dirimu.
Salam Cinta Susu Ibu,
Ummi, PumpOnTheGo
06 June 2014
shawl with lace
Kali ni dpt tempahan jauh dr seberang laut...sis dari sarawak ni pening nak matching kn baju nye yg berkaler hitam dan ditambah lace kaler grey di tangan...then sis ni come out dgn idea untuk matchingkan baju tu dengan shawl grey kaler with black lace...idea yang sangat brilliant...
so qasehsuci buat yang terbaik untuk ilustrasikan idea sis ni...ok shawl ni bersaiz pasmina (size ni request dr sis ni) dan sepanjang shawl ni dijahit lace sepanjang 1 3/4 meter...
tadaaa.....inilah hasilnya
Dan...alhamdulillah inilah feedback dari sis ni hari ni....
so qasehsuci buat yang terbaik untuk ilustrasikan idea sis ni...ok shawl ni bersaiz pasmina (size ni request dr sis ni) dan sepanjang shawl ni dijahit lace sepanjang 1 3/4 meter...
tadaaa.....inilah hasilnya
Dan...alhamdulillah inilah feedback dari sis ni hari ni....
25 March 2014
New Shawl
Shawl
Material : Chiffon Gorgette
Size : 2 meter (panjang) x 55 cm (lebar)
Colour : Purple
Code : Shawl01
Harga : RM19.90
Shawl
Material : Chiffon Gorgette
Size : 2 meter (panjang) x 55 cm (lebar)
Colour : Dwitone (purple dan pink)
Code : Shawl02
Harga : RM19.90
Contoh lilit ~ Setiap pembelian akan diberi tutorial cara melilit shawl ni yang hanya menggunakan satu peniti dan satu jarum
Whatsapp - 0123397536
24 February 2014
Anemia Semasa Hamil
Tak sangka kehamilan ketiga Qasehsuci mengalami masalah anemia sedangkan sebelum ini, tidak pernah pun Qasehsuci ada masalah seperti ini. Anemia adalah suatu keadaan dimana kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.
Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.
Pada awal kehamilan, memang Qasehsuci mengalami keletihan yang sangat kerap, rupa-rupanya keletihan adalah salah satu kesan disebabkan oleh anemia. Antara simptom lain ialah:
Anemia ini dapat diatasi dengan mengambil zat besi yg secukupnya. Unfortunately, Qasehsuci alah pada semua jenis vitamin yang diperlukan semasa kehamilan iaiti iron tablets, folic asid dan b complex, malah vitamin seperti Iberet dan obimin juga tidak mampu ditelan tekak Qasehsuci.
Risiko Untuk Mendapat Anaemia
Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
- Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
- Mereka yang mengandung kembar
- Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
- Merka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman
Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?
Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:- Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
- Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol
Maksimakan penyerapan Zat Besi
Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.13 February 2014
Keletihan Semasa di Awal Kehamilan
Adakah anda mengalami keletihan yang luar biasa di awal kehamilan? Sekiranya ya..blh la membaca info di bawah...
Mengapakah saya berasa terlalu letih semasa hamil?
Anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan anda, dan ini boleh membuatkan anda sangat letih. Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan. Mereka yang biasa berjaga malam pun mendapati mereka terpaksa menahan mengantuk untuk menonton program TV kegemaran mereka.Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.
Berapa lamakah keletihan ini akan berlanjutan?
Ia berbeza bagi setiap orang, tetapi wanita hamil biasanya mengalami keletihan dalam trimester pertama dan ketiga.Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu simptom mabuk hamil pagi yang hadir bersama loya, muntah dan hilang selera makan. Jika simptom anda mengganggu tidur, tidak hairanlah anda akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.
Anda mungkin merasa bosan berada dalam keadaan ini, tetapi simptom-simptom ini biasanya akan berlalu tanpa perlu sebarang rawatan. Bagi kebanyakan wanita (kira-kira enam daripada 10) simptom-simptom mabuk hamil pagi hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Bagi yang lain, mereka berasa lebih baik dalam trimester kedua. Kurang daripada satu dalam 10 orang yang tidak bernasib baik masih berasa tidak sihat selepas 16 minggu kehamilan.
Harap-harap, anda ialah salah seorang yang bernasib baik dan mungkin akan rasa sangat bertenaga dalam trimester kedua dan membawa ke trimester ketiga di mana anda akan mula rasa letih semula dalam bulan ketujuh.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keletihan semasa hamil?
Dengar apa yang badan anda cuba beritahuCuba tidur sebentar pada waktu siang atau tidur malam lebih awal. Di tempat kerja, 15 minit tidur sebentar pun boleh membuat perbezaan, jadi jika anda bernasib baik mempunyai pejabat yang bertutup, tutuplah pintu, letakkan kepala anda di atas meja dan berehat. Atau cuba tidur semasa waktu rehat tengahari – anda boleh tidur dalam kereta jika tiada tempat lain untuk tidur.
Cuba ubah jadual
Jika boleh, bawa balik kerja untuk dibuat pada hari minggu supaya anda boleh pulang awal sekali-sekala. Atau jika anda sudahpun menjadi ibu, berehatlah sekali-sekala dan tinggalkan anak-anak anda dengan orang lain supaya anda boleh tidur.
Pastikan anda jaga makan
Anda tidak perlu mula "makan untuk dua orang" sebelum trimester ketiga dan begitu pun anda cuma perlukan kira-kira 200 hingga 300 kalori tambahan setiap hari daripada makanan berkhasiat, bukannya kerepek atau coklat. Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.
Bertahanlah
Tidak lama lagi anda akan berada dalam trimester kedua dan harap-harap anda akan kembali bertenaga. Anda mungkin cukup bertenaga untuk pergi menonton wayang atau bercuti hujung minggu, walaupun anda mungkin tidak mahu menjadikannya sebagai satu kebiasaan. Tidak lama lagi anda akan merenung kembali waktu ini di mana tidur anda tidak terganggu sebagai satu nostalgia. Jadi tidurlah sebanyak mungkin selagi anda boleh.
Semakan terakhir: Februari 2012
Sumber : babycenter
05 February 2014
Pregnancy Mommies Routine
Bermulanya rutin seorang ibu yang mengandung... minggu ke 11 Qasehsuci dah buat buku merah..2 hari selepas tu iaitu hari ni Qasehsuci kena datang lagi ke klinik minum air gula dah ambik darah sekali lagi disebabkan MCH dah HB low....ada anemia dan ambik darah sekali lagi untuk cek takut Qasehsuci ada talesimia.. Bab cucuk dan minum air gula ni yang Qasehsuci lemah sangat2...mood excited pregnant lagi jadi terbantut dengan bermacam-macam prosedur....tapi demi si kecil yang dalam perut ni Qasehsuci kena kuatkan semangat....kan baby kan...
Sebelum ini, tak pernah ada masalah darah ni...tapi untuk anak ke3 ni seawal kandungan berusia 2 bulan HB low.. entah la kali ni alahan pun agak teruk...tapi excited nye pregnant 3rd baby ni sampai nama anak pun dah prepare awal2...yang best bukan Qasehsuci dan husband je yang happy..anak-anak pun x sabar nak tunggu baby baru ni...Diaorg pegang perut dan tanya ...ummi adik baby tgh buat ape kat dalam perut ummi?? Excited nye....tp lama lagi nak tunggu still ada 29 weeks to go....sabar ye ummi...