27 February 2013

Muhyiddin Minta Penjawat Awam Tunggu 'Berita Baik" PM

Kalau betul la berita ini...syukur alhamdulillah


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.

Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.



Read more: sumber
Read More

26 February 2013

Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan NIkah Julai




Mesti hangat metro hari ni..ape tak nya janda paling meletop kat malaysia ni dah confess nak berkahwin Julai ni dengan pelakon Zain Saidin...beza usia 13 tahun..moga2 berkekalan kahwin ni bukan perkara main2 atau nak syok aje..berat tanggungjawab nya..pikul la sebaik mungkin supaya berkekalan sampai ke akhirat...amin

Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.


“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
sumber: metro online
Read More

25 February 2013

Lagi Amah Indon Dera Bayi

Kota Bharu: Seorang ibu muda tidak menyangka anak perempuannya berusia 15 bulan turut menjadi mangsa dera amah Indonesia selepas melihat rakaman menerusi kamera video yang dipasang di rumahnya, malam kelmarin.
Ibu berusia 20-an yang bekerja sebagai peniaga itu mengesyaki ada sesuatu tidak kena selepas melihat kesan lebam pada paha anaknya beberapa hari sebelum kejadian, Sabtu lalu.
Difahamkan, ibu berkenaan merakam kelakuan pembantu rumahnya itu selepas mengambil iktibar kisah amah Indonesia melambung bayi di Kuantan, baru-baru ini.

Wanita itu pernah bertanya mengenai kesan lebam anaknya kepada warga Indonesia terbabit, tetapi
diberitahu bayi terbabit terjatuh.
 
Foto
SUSPEK dibawa anggota polis untuk ditahan reman.

 
Tidak berpuas hati, dia memasang kamera video di bilik pembantu rumahnya antara jam 9.15 pagi dan 10.30 malam kelmarin sebelum keluar.
 
sumber : klik sini
Read More

21 February 2013

Syampu Aromatheraphy Ushine

 Syampu Aromatheraphy Ushine


  Untuk rambut muda menawan...

Syampu Aromatheraphy Ushine telah dirumus khusus bagi menyelesaikan semua masalah rambut anda, terutamanya kelemumur, rambut gugur dan beruban. Ia juga membantu melindungi rambut  anda dan membekalkan  nutrient-nutrien yang diperlukan bagi mengembalikan warna asal rambut anda, serta mengalakkan pertumbuhan rambut baru. Penggunaan yang berterusan untuk beberapa bulan akan memastikan semua nutrien dapat diserap ke dalam kulit kepala dan seterusnya membaiki struktur rambut serta menghalang pertumbuhan uban. Kelemumur akan mula berkurangan seterusnya hilang selepas seminggu menggunakan syampu ini. Syampu yang diperkaya dengan minyak aromatik ini juga bertindak menenangkan fikiran dan emosi serta menstabilkan sistem hormon dan pengeluaran sebum pada kulit.
Syampu Aromatheraphy Ushine dihasilkan 100% dari berbagai ekstrak herba terpilih dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan pengawet yang merbahaya seperti SLS, SLES, ALS yang boleh menyebabkan gangguan kesihatan seperti radang kulit kepala yang teruk sehingga bernanah dan berbisul, rambut gugur, botak, buta, kanser dan juga gangguan sistem urat saraf seperti Alzheimer’s iaitu penyakit hilang daya ingatan dan lumpuh. Syampu Aromatheraphy Ushine juga tidak mengandungi bahan kimia formaldehid yang mendedahkan pengguna kepada risiko kanser, alahan, ruam, kulit merekah dan lecur yang teruk. Syampu Aromatheraphy Ushine selamat digunakan kerana telah diuji di Makmal Tosikologi tempatan dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keistimewaan & kelebihannya

  • Diformulasi 100% dari ekstrak herba semulajadi.
  • Bebas SLS, SLES, ALS, sufaktan, dioxan  dan formaldehid.
  • Berkesan menangani masalah kelemumur & merawat masalah kutu kepala
  • Berupaya mengalakkan & melebatkan rambut
  • Terbukti dalam merawat dan mengawal  masalah uban
  • Berupaya melembutkan rambut yang kasar dan keras
  • Menenangkan minda dan emosi serta menstabilkan sistem horman badan
  • Menstabilkan pengeluaran sebum di kepala
  • Lebih pekat untuk lebih nilai wang anda
  • Selamat untuk kegunaan setiap hari dan sesuai untuk semua golongan dan umur
  • Sesuai untuk yang sedang manjalani rawatan kulit kepala
  • Tidak diuji pada binatang & telah diuji di makmal Toksikologi tempatan
  • Dibuat di Malaysia & HALAL

Cara Penggunaan

Gunakan pada rambut yang basah. Urut kulit kepala selama lebih kurang 5 minit agar nutrient dapat diserap masuk tetapi elakkan dari menggaru dengan kuat kerana ini akan merosakkan folikel rambut. Kemudian bilas dengan sebersih-bersihnya agar folikel tidak tersumbat. Akhir sekali bilas dengan air sejuk untuk mengetatkan kembali liang folikel, menguatkan gentian rambut dan agar rambut bersinar. Sekiranya menggunakan perapi, sapu perapi hingga rata dan biarkan seketika sebelum dicuci bersih. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan berterusan selama 3 bulan.
Read More

20 February 2013

Kenaikkan gaji kakitangan awam 2013 (400) 1.4 juta Penjawat Awam + Elaun Perumahan Naik

Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.


Read more: klik sini
Read More

18 February 2013

Stok baru uqueen



Stok ni baru je sampai...so tunggu ape lagi contact segera untuk dapatkan produkini pada harga promosi...
Read More

can't sleep

jam dah kul 2.00 am..tapi mata qasehsuci masih tak boleh lelap...kepenatan mungkin
dah 2 hari mengemas rumah, mengangkat barang, pindah perabot...arghhh penatnya...
tapi rumah still kelam kelibut lagi...banyak nye barang sampai tak tahu nak kemas mana dulu...
nak tak nak esok on monday qasehsuci perlu cuti ... have to siapkan jugak kemas rumah ni disebabkan husband akan outstation on tuesday ke shah alam selama 3 hari...
kalau tak jenuh la dengan 2 orang tentera qaseh tu...
Read More

14 February 2013

Segelas herbalife f1 shake di subuh hari


Tenang menikmati segelas herbalife f1shake pagi ni 6.30 pagi...
Selalu minum ni bila dah siap2 nak ke tempat keje...
Agak clumsy time tu sebab peincesses pun dah merengek-rengek ...
Minum pun tak sempat nak menikmati khasiat2 herbalife ni...

Ok qasehsuci amalkan herbalife ni bkn untuk kurus...
Tujuan utama qasehsuci nak hidup dalam keadaan sihat...
Yang penting usus qasehsuci tidak bertepu dgn bahan buangan yang terperangkap di situ...
Ramai sedia maklum usus kita adalah punca utama kesihatan tubuh badan kita...
Jika sihat usu kita maka sihatlah keseluruhan badan kita...
Dengan mengamalkan herbalife ni...badan qasehsuci berasa ringan setiap hari kerana herbalife menjaga usus kita dengan baik...

Ramai beranggapan herbalife utk kurus semata-mata...
Sebenarnya herbalife melengkapi keperluan badan kita sehari-hari..
Qasehsuci bukanlah kategori heavyweight sedunia...berat qasehsuci xuma 49kg
Buanglah anggapan mu itu bahawa herbalife semata-mata untuk kurus...

Lagi satu kebaikan herbalofe yang kaum wanita di luar sana perlu tahu...
Ia juga dapat mengembalikan kulit wajah seperti anda semasa bayi...
No more pimples, acnes kerana kulit wabjah yang sihat bermula dari kesihatan usus yang baik..
Sekiranya usus anda kotor...
semua itu akan memberi kesan kepada keadaan luaran kulit dan wajah and...
Muka anda akan ditumbuhi jerawat fan kulit muka berminyak
Sia2 sahaja anda memakai barangan kosmetik yang mabal2...
Kerana untuk nampak cantik di luar perlulahh di rawat dari dalam....

Hubungi saya untuk info lanjut...
Dealer sah herbalife
-anie & naiim-

Read More

13 February 2013

Alkisah post ofis kangar hari ini

Uiksss...baru perasan yg driving lesen qasehsuci dah tamat tempoh...plg best bukanny sehari dua tapi 2 bulan...
Nden ksn dh boleh dikeluarkan. .
..
HuhuNk tak nak hari ni qasehsuci kena jugak renew lesen tu...
So, alkisahnya menapak la ke post ofis tadi...
Dr luar pun dh nampak orang ramai ...normally tafk secrowded ini...
Qasehsuci pun tekanla button untuk ambil nombor giliran...ambik kau mak aiiii.....
Agak2 kul wape kul berapa qasehsuci nk masuk ofis klu macam ni punya ramai...



Oleh kerana nombor giliran punya la panjang...so qasehsuci pun blk ofid dulu
Kul 4.45 ptg datang balik..orang seramai tadi..
Kali ni baru qssehsuci perasan ramai yg pegang buku biru...
Selidik punya selidik rupanya yg ramai2 org kt post ofis hari ni sumernya nak keluarkan duit asb...maklumkla dividen kan dah boleh dikeluarkan...
Asb....asb....
Read More

08 February 2013

Adik Adam sudah tiada...penderitaan bayi 10 bulan rosak saraf otak berakhir

Pagi tadi Qasehsuci berkesempatan menonton MHI jam 7 pagi walaupun sedang sibuk bersiap-siap untuk ke tempat kerja...hiba dan sayu melihat urusan mandi jenazah adik Ahmad Adam Shukri yg berusia 10 bulan. Rasanya baru lagi melihat kan arwah adik Adam Shukri di TV3 pada awal-awal kemunculan adik Adam sekeluarga dikaca tv..memang berbeza kali pertama melihatkan adik Adam dgn keadaan fizikal yang amat menyayat hati dengan keadaan semasa arwah adik Adam menghembukan nafas terakhirnya..nampak adik Adam sihat, tubuh pun dah berisi... Mungkin ibu arwah adik Adam sedikit gembira di kala anaknya pergi dengan keadaan fizikal yang sudah seperti anak-anak normal yang lain..
tapi apakan daya ajal maut Allah swt yang tentukan dan Dia yang lebih mengetahui di sebalik sesuatu yang terjadi..

Buat ibu bapa adik Adam kehilangan yang dirasai sekarang pastinya ada balasan baik di akhirat kelak..Allah menguji hambanya mengikut tahap kemampuan hambanya...sesungguhnya ibu bapa arwah adik Adam adalah insan yang kuat..tabahkan hati untuk terus meniti perjalanan hidup ini..

*Dari Allah Kita Datang, dan kepada Allah Kita Kembali.


Sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur

Gambar terbaru adik Adam sebelum meninggal dunia


~KRONOLGY ADIK ADAM SHUKRI~
  • LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
  • “ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
  • “DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”

Read More

05 February 2013

Tutorial buat watermark gambar guna handphone

Ok hari ni qasehsuci nak share cara qasehsuci update blog melalui fon..skang ni qasehsuci pakai samsung galaxy note 2..mmg senang nak update blog tak perlu lagi guna pc atau laptop...di mana-mana saje dan pada bila-bila masa

Cuma mesti korang takut nak post entry bergambar sebab tak blh buat watermark di gambar yg korang nak post kan...ok qasehsuci buat mcm ni..

1. Pegi kat play store dan download textgram..logo mcm di bwh ni



2. bukan buat watermark saje software ni byk kegunaan...jgn lupa download ok

3. Ini hasilnya setelah di edit menggunakan textgram...







Read More

Update buah tangan terbaru

Tak nak citer byk..jam dah kul 1 pg dan esok sy nk bekerja...just nk update hasil tangan terbaru...

Berminat? Tempahan diterima..



Read More

02 February 2013

Shampu aromatheraphy ushine

Kali ni qs nak share testimoni yg qs alami sendiri selepas 3 hari menggunakan shampu aeomayheraphy dari ushinw health n beauty.
Lately, kulit kepala qs rasa gatal2, berkelemur dan rambut luruh...so qs dah try bermacam product yg ada di pasaran...ok nya cuma sementara

So, qs try cari solution lain untuk solvekn mslh kulit kepala qs yg gatal ni...
Qs rasa biarlah kita berbelanja lebih  skit asalkan kita beepuas ati...
Harga pasaran tuk shampu ni rm68...tapi untuk harga promosi, contact qs directly ok dn harga yg qs tawarkan korang takkan dpt di tempat lain...
Pakai sekali pun..akan nampak perubahan iaitu rambut anda akan lembut beralun....



Cepat grab this oppurtunity ok...call/sms segera dan dptkan shampu aromatheraphy ushine pada harga promosi
Read More
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kombinasi Simpulan Tocang dan Manik Tabur

Blooming Flowers

Live Traffic Feed

Copyright 2010..anie&co...All Rights Reserved. Powered by Blogger.

© 2011 Seindah Biasa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena