25 June 2012

Dejavu di kinabalu

drama ni qasehsuci tengok start episode 3. episode 1 dan 2 qasehsuci termissss coz qasehsuci tak folo sgt drama seindah sakura...bila tengok episode 3 dan 4 rase nyesal sangat tak tengok episode mula-mula sebab qasehsuci dah jatuh hati dengan drama ni..memang tebaek..tak caye korang tengok mesti addicted punya nk tengok episode seterusnya..lakonan aqasha besalah memang kalau bab cintan cintun comfirm menjadi...tiz zaqyah cam besalar watak yang dia bawak tak pernah tak menjadi punya...hero n heroin ni memang ada chemistry...sgt padan sgt sesuai ..mesti pengarah nya Erma Fatima dan kaji karektor design watak-watak ni...


ok lah sini qasehsuci bagi sikit je sinopsis tuk citer ni nak lebih lanjut boleh klik SINI

"Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Menyusuli SEINDAH SAKURA, saksikan DEJAVU DI KINABALU, buah tangan terbaru di slot Akasia karya indah arahan dan nukilan skrip oleh Eirma Fatima mulai 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma), Fadhilah Mansor (Suria), Aida Khaleeda (Fazeera), Dato’ Aziz Singah (Khairudin), Dian P. Ramlee (Norseha) dan Khaty Azean (Marisa).
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara."




No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meniggalkan komen di blog ini...