~ Assalammualaikum ~
Mesti korang dah baca artikel ni kan. Sedihnya tengok bayi ni di dera di taska. Serius, QasehSuci tak dapat bayangkan perasaan ibu bayi malang ni tatkala melihat bayi sendiri diperlakukan sebegitu rupa. Apa salah bayi ni? Apa rasional nya pekerja taska tu nak protes pada majikan
Kalau anak QasehSuci yang jadik mangsa, QasehSuci takkan berdiam diri. QasehSuci nak buat repot polis,biar pekerja taska tu dapat hukuman setimpal...paling tak boleh dijadikan pengajaran dan teladan supaya selepas ni tak jadi lagi kes yang serupa...bukan ape menganiayai bayi yang tak berdaya macam ni,nampak sangat orang tu bukan saje pendek akal,tapi comfirm2 akal takde langsung,tak pun akal yang ada diletak kat lutut...sian bayi-bayi tu agak2nya sepanjang bayi2 tu di bawah jagaan pekerja2 tu mesti macam2 lagi yang jadi kat bayi2 tu...disimpang la jadik kat anak-anak QasehSuci...
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana meniggalkan komen di blog ini...